Ia menjadikan Samsung Display sebagai syarikat pertama dari Asia yang diberi lampu hijau untuk meneruskan urus niaga bersama gergasi teknologi dari China itu.
Huawei merupakan pelanggan utama bagi kedua-dua Samsung Display dan Samsung Electronics. Bagi Samsung Display, ia merupakan pembekal utama Huawei untuk panel OLED dan sebagainya.
Bagaimanapun, masih belum jelas jika Huawei dapat menggunakan panel OLED oleh Samsung Display atau sebaliknya. Ia berikutan, rantaian bekalan yang menghasilkan komponen untuk pembuatan panel tersebut juga perlu mendapatkan lesen dari Amerika Syarikat. Menurut sumber,
"Samsung Electronics and SK Hynix have not gotten approval from the U.S. for the sale of chips to Huawei. So, it is uncertain whether Huawei can produce its smartphones with just the panel supplies,"
Buat masa ini, SK Hynix telah mengesahkan belum menerima lesen berkenaan, manakala Samsung Electronics pula telah menolak untuk memberikan sebarang komen.
Sumber: Nikkei Asia
Berkaitan
- Cara Uruskan Penghantaran Sendiri Tanpa Menggunakan Kurier Sedia Ada Melalui Shopee
- Pembaharuan Lesen Memandu Boleh Dibuat Secara Dalam Talian Bermula Hari Ini
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Pindahkan Chat Antara Peranti iOS Dan Android
- iPhone Dengan Skrin Boleh Lipat Mungkin Hadir Seawal Tahun 2022
- Instagram Akan Tambah Lebih Banyak Iklan, Termasuk Di Suapan Profil
- Hati-Hati, Ini Antara Modus Operandi Yang Digunakan Oleh 'Scammer'
- Akaun Pengguna Nintendo Digodam, Lebih 300,000 Akaun Terjejas
- Jatuh Bangun Jenama BlackBerry Akan Difilemkan
- Kemas Kini iOS 16.3 Dilepaskan, Ini Antara Ciri Baharu Dan Pembetulan Pepijat Yang Tersedia
- realme 7 5G Rasmi Dilancarkan Di Malaysia - Berharga RM1,299