Huawei juga dikatakan bakal beralih kepada penyedia cip pihak ketiga untuk menggunakan teknologi cip terbaru itu. Ia berikutan Jabatan Perdagangan A.S yang memulakan langkah untuk menyekat pembuat cip dari membekalkan komponen itu kepada Huawei.
Menerusi sekatan itu, TSMC yang merupakan pembuat cip Hisilicon tidak dibenarkan berurus niaga bersama Huawei.
Terdahulu, terdapat laporan yang menyatakan Qualcomm mungkin akan membekalkan cip mereka kepada Huawei untuk telefon pintar flagship seperti siri P50 pada tahun hadapan. Namun, dalam keadaan Qualcomm yang juga memerlukan kebenaran Jabatan Perdagangan A.S, ia mungkin sukar dibayangkan jika Qualcomm dibenarkan berurus niaga dengan Huawei.
Siri Huawei P50 juga disahkan telah memasuki fasa pembangunan dan akan membawakan beberapa teknologi baru pada kamera. Pada masa ini, tiada pengesahan rasmi mengenai pembekal cip yang akan berurus niaga dengan Huawei.
Sumber: Huawei Central
Beli produk Huawei P30 dari:
Lazada (https://invol.co/clpto9)
Berkaitan
- Qualcomm Lancar Snapdragon X Elite - 12 Teras Oryon, 4.6TFLOPs
- Huawei Dilapor Membangunkan Sistem Pengecaman Wajah Untuk Mengesan Etnik Uyghur
- CEO Qualcomm Sahkan Siri Galaxy S24 Akan Guna Dua Cip Berbeza
- Huawei Dilapor Akan Kembali Ke Pasaran Telefon 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
- EU Pertimbang Untuk Haramkan Penggunaan Kelengkapan 5G Huawei
- Huawei P70 Dilapor Akan Guna Sensor Kamera Sendiri
- Huawei, Xiaomi, vivo Cari Jalan Penyelesaian Atasi Isu Telefon 5G Cepat Panas
- Qualcomm Mungkin Mengumumkan Cip Snapdragon 888
- Rasmi Dilancarkan, Wiko 5G Adalah Huawei nova 9 SE Yang Dijenama Semula
- Qualcomm Umum Cip Snapdragon 480 - Dilengkapi Sokongan 5G Dan Panel 120Hz