Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Keuntungan’ Jenayah Siber Merosot 40% Pada 2022 – Chainalysis

‘Keuntungan’ Jenayah Siber Merosot 40% Pada 2022 – Chainalysis

Diterbitkan Januari 19, 2023 · Dikemas kini Januari 19, 2023 oleh Amalina Athman

Kumpulan ransomware yang memeras ugut mangsa dilapor menjana keuntungan kira-kira $456.8 juta (~RM1.96 bilion) sepanjang 2022, penurunan kira-kira 40% daripada $765 juta (~RM3.29 bilion) yang direkodkan dalam dua tahun sebelumnya.

Berkaitan

  • Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam
  • Australia Naikkan Denda Sehingga Lebih RM152 Juta Bagi Pencerobohan Data
  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Perhalusi Isu Keselamatan Siber, Data Peribadi

Berdasarkan data daripada syarikat analitik blok rantai Chainalysis, kemerosotan drastik dalam keuntungan perisian tebusan ini bukanlah kerana serangan yang lebih sedikit, namun disebabkan mangsa yang enggan membayar penggodam.

ransomware profit

Menurut BleepingComputer, 2022 merupakan salah satu tahun paling aktif dalam aktiviti perisian tebusan, dengan beribu-ribu jenis perisian hasad yang melibatkan penyulitan fail.

Pelbagai organisasi termasuk syarikat, kerajaan, sekolah dan juga hospital di seluruh dunia kerap menjadi sasaran penggodam perisian tebusan, yang mengunci kakitangan daripada sistem IT mereka sehingga wang tebusan dibayar, biasanya dalam Bitcoin.

Taktik yang digunakan penggodam adalah hampir sama, iaitu dengan mengancam untuk menerbitkan atau menjual data yang dicuri.

Walaupun begitu, semakin ramai mangsa perisian tebusan memutuskan untuk tidak membayar. Peralihan dalam tingkah laku ini memperlihatkan perubahan dalam persepsi dan pendekatan terhadap pengendalian serangan perisian tebusan.

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY