Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Band 11 Dan MatePad 11.5 Dilancar Di Malaysia, Harga Dari RM149

Huawei Band 11 Dan MatePad 11.5 Dilancar Di Malaysia, Harga Dari RM149

Diterbitkan Februari 23, 2026 · Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei sebentar tadi memperkenalkan dua peranti baharu mereka untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Band 11 dan HUAWEI MatePad 11.5 Standard Edition, yang direka untuk meningkatkan gaya hidup dan  produktiviti pengguna.

Band 11 kini hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan, paparan lebih besar serta terang untuk maklumat pantas walaupun di bawah cahaya matahari.

Huawei Band 11 Dan MatePad 11.5 Dilancar Di Malaysia, Harga Dari RM149

Antara ciri utamanya adalah pemantauan kesihatan menyeluruh termasuk penjejakan tidur , analisis HRV, pandangan emosi, penjejakan kitaran pintar dan amaran kesihatan proaktif.

Fungsi E-wallet QR juga tersedia membolehkan pembayaran Touch ‘n Go terus dari pergelangan tangan.

Band 11 dijual pada harga bermula RM189 dengan hadiah percuma dan langganan Health+ serta Watch Face hanya RM1.09.

IMAGE 1 (3)

Sementara itu, MatePad 11.5 Standard Edition kini dengan paparan 11.5 inci FullView 2.5K HD, sokongan WPS Office 3.0, HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, HUAWEI Notes dan GoPaint,

Untuk operasi sepanjang hari tanpa gangguan, ia dimuatkan dengan bateri 10,100 mAh yang menyokong penegcasan 40W SuperCharge.

Ia juga dilengkapi sistem audio quad-speaker Histen 9.0 untuk pengalaman multimedia lebih imersif.

Dijual pada harga RM1299, pelanggan turut menerima hadiah bernilai sehingga RM1,305 termasuk M-Pencil, Bluetooth Mouse dan FreeBuds SE 3.

IMAGE 2 (3)

Pra tempah bagi kedua-dua peranti ini sudah pun dibuka yang boleh dibeli dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln98g8
  • Lazada – https://invl.me/cln98g3

Berkaitan

  • HUAWEI MatePad 12 X (2026) Kini Dibuka Untuk Prapesan Di Malaysia
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Waktu Berbuka Puasa Malaysia Di Bangunan Tinggi Melebihi 400M Perlu Tambahan 3 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY