Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuala Lumpur city

Waktu Berbuka Puasa Malaysia Di Bangunan Tinggi Melebihi 400M Perlu Tambahan 3 Minit

Diterbitkan Februari 23, 2026 ยท Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh ariff bukhari

Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi, khususnya di kawasan bandar, menuntut penyesuaian dalam penentuan waktu solat.

Perbezaan ketinggian aras didapati boleh mempengaruhi kenampakan matahari ketika terbit dan terbenam, sekali gus memberi kesan kepada ketepatan waktu solat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan, semakin tinggi sesuatu aras, semakin berbeza sudut penglihatan ufuk, yang boleh menyebabkan sedikit perbezaan masa berbanding aras tanah.

Dari sudut hukum syarak, waktu ibadah bergantung pada pandangan sebenar individu terhadap matahari.

Sehubungan itu, bagi memastikan keseragaman dan ketepatan pelaksanaan ibadah di bangunan tinggi, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengeluarkan panduan pelarasan waktu solat yang ditetapkan hasil kajian cerapan, pengiraan dan analisis teknikal.

Pelarasan tersebut dibuat secara berhati-hati (ihtiyat) dengan mengambil kira perbezaan masa sebenar antara aras tinggi dan aras bawah.

Waktu Berbuka Puasa Malaysia Di Bangunan Tinggi Melebihi 400M Perlu Tambahan 3 Minit

Berdasarkan kajian Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bersama JAKIM dan JUPEM, pelarasan khas ditetapkan bagi bangunan melebihi 400 meter.

Waktu Maghrib perlu ditambah sebanyak tiga minit manakala waktu Syuruk ditolak tiga minit daripada waktu rasmi.

Semakan di laman Skyscrapercenter mendapati, bangunan yang memiliki ketinggian melebih 400 meter di Malaysia setakat ini adalah Menara Merdeka 118, Menara TRX (The Exchange 106) dan Menara Berkembar Petronas.

Waktu Berbuka Puasa Malaysia Di Bangunan Tinggi Melebihi 400M Perlu Tambahan 3 Minit

Ketetapan ini sekali gus membantu penghuni, pekerja dan pengurusan bangunan memastikan waktu solat dipatuhi dengan tepat, selaras tuntutan syarak dan perkembangan teknologi moden.

Berkaitan

  • Jom Belajar Surah Al-Fatihah Dengan Betul Dibantu AI Melalui Aplikasi Ini
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY