Kini HUAWEI MatePad 12 X (2026) boleh diprapesan pada harga RM2499 bersama model terbaru HUAWEI M-Pencil Pro pada harga RM599.
HUAWEI MatePad 12 X (2026)
Tablet ini menggabungkan produktiviti bertaraf PC dengan rekaan ringan. Ia menyokong ciri seperti tambah dokumen, suntingan carta, dan penggunaan formula matematik yang kompleks.

Boleh digabungkan dengan HUAWEI Smart Magnetic dan Bluetooth Mouse bagi mendapatkan pengalaman kerja yang lancar sama seperti menggunakan desktop.
Dikuasakan oleh HarmonyOS dan dilengkapi Ultra-clear PaperMatte Display bagi menawarkan paparan yang terang walaupun di bawah cahaya matahari. Didatangkan juga dengan pengurangan 50% kesan kilauan untuk penglihatan yang selesa semasa penggunaan jangka masa panjang.
HUAWEI M-Pencil Pro
Dibina untuk meningkatkan pengalaman penulisan dan lukisan digital dengan kependaman ultra rendah, 16,384 tahap kepekaan tekanan, serta pengesanan pergerakan yang dinaik taraf. Ia mampu memberikan pengalaman yang lancar dan tepat.

Peranti ini memperkenalkan memperkenalkan kawalan pintar berasaskan pergerakan seperti ketukan sekali pada hujung pen sebagai butang akses pantas untuk membuka aplikasi seperti HUAWEI Notes atau GoPaint, gerak putaran bagi melaras ketebalan garisan dan interaksi cubitan memaparkan menu radial sentuhan untuk pertukaran alat, saiz dan warna.
Mata pen pula boleh ditukar dengan tiga pilihan membolehkan pengguna melakar dan menulis mengikut gaya sendiri.
Prapesan dan Tawaran Promosi
Kedua peranti ini terbuka untuk prapesan di Malaysia melalui HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, atau terus dari Laman Beli.
Pelanggan yang membuat prepesanan akan menerima hadiah early-bird eksklusif bernilai RM1047 termasuk Bluetooth Mouse bernilai RM149, WPS Office 3.0 bertaraf PC yang bernilai RM299 serta HUAWEI M-Pencil Pro.
Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan Shopee PayLater layak menerima diskaun 10% dengan pembelian minimum bernilai RM600 di HUAWEI Experience Store yang terpilih. Diskaun ini terhad sehingga RM150.
Nantikan juga tawaran daripada AppGallery bernilai sehingga RM2401 yang membawakan pelbagai promosi dan ganjaran dari Genting Malaysia, Trip.com, Celebrity Fitness, Shopee PayLater dan banyak lagi.
Sebagai pengumuman tambahan, pengguna baru Siri HUAWEI WATCH GT 6 boleh mendapatkan HUAWEI Watch Face Subscription yang berharga RM45.98 secara percuma untuk dua bulan bermula 1 Januari 2026 sehingga 28 Februari 2026.
Tali jam tangan Siri HUAWEI Watch GT 6 ini juga boleh didapatkan hanya pada RM9.90 dengan setiap pembelian jam tangan Siri GT 6 di Laman Rasmi HUAWEI dan Stor Rasmi HUAWEI di platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
{suggest}
