Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HTC VIVE EAGLE_featured image

HTC Lancar VIVE Eagle – AI Terbina, Terjemahan 13 Bahasa, Kamera 12MP

Diterbitkan Ogos 15, 2025 · Dikemas kini Ogos 15, 2025 oleh Amalina Athman

Dengan Meta, Google, Samsung dan mungkin juga Apple kini bersaing membangunkan cermin mata pintar berkuasa kecerdasan buatan (AI), jelas teknologi ini semakin menjadi tumpuan syarikat gergasi teknologi dunia.

Terbaru, HTC memperkenalkan VIVE Eagle, cermin mata pintar yang dilengkapi pembesar suara terbina, 12MP kamera ultra-lebar dan pembantu suara AI yang turut menyokong platform seperti OpenAI GPT dan Google Gemini.

Mempunyai berat kurang 49 gram, ia dilengkapi kanta ZEISS dengan perlindungan UV serta rekaan ergonomik.

VIVE EAGLE HTC_

Peranti boleh pakai ini menyokong terjemahan masa nyata dalam 13 bahasa, membolehkan kandungan yang dirakam kamera diterjemah terus kepada audio tanpa perlu membuka aplikasi atau mengeluarkan telefon.

Selain fotografi dan muzik, VIVE Eagle turut membolehkan pengguna merakam peringatan, mencatat nota dan mendapatkan cadangan restoran.

Dikuasakan bateri 235mAh, ia menawarkan ketahanan sehingga 36 jam serta menyokong pengecasan magnetik yang mampu memberikan 50% kuasa dalam hanya 10 minit.

VIVE Eagle dijual pada harga NT$15,600 (~RM2, 190) dengan pilihan warna Berry, Coffee, Grey dan Black.

HTC VIVE EAGLE_2

Buat masa ini, Vive Eagle hanya akan ditawarkan untuk pasaran Taiwan. Namun, ia menjadikannya antara pilihan baharu yang berpotensi menyaingi cermin mata pintar Ray-Ban dan Oakley keluaran Meta.

Berkaitan

  • Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi - Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Alibaba Perkenal Cermin Mata Pintar AI, Guna Model Qwen
  • LENZ Lancar VIZZ, Alternatif Pengganti Cermin Mata Rabun Dekat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY