Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
alibaba AI Glasses

Alibaba Perkenal Cermin Mata Pintar AI, Guna Model Qwen

Diterbitkan Julai 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Alibaba Group memperkenalkan cermin mata pintar berkuasa AI pertama mereka di World Artificial Intelligence Conference (WAIC) 2025, menandakan langkah besar dalam dunia teknologi boleh pakai (wearables).

Cermin mata ini dikuasakan oleh model bahasa raya (LLM) Qwen milik Alibaba sendiri, membolehkan pengguna berinteraksi secara semula jadi dengan persekitaran melalui arahan suara, visual overlay, dan sokongan maklumat kontekstual secara langsung.

Inovasi ini memberi bayangan masa depan di mana cermin mata bukan sekadar alat visual, tetapi juga pembantu pintar yang boleh membantu pengguna menavigasi tempat baharu, memahami teks asing, atau memberikan cadangan masa nyata.

Semuanya dalam satu peranti yang ringan dan mudah dipakai.

Menurut CTO Alibaba Cloud Intelligence, Jingren Zhou, pengenalan cermin mata pintar ini mencerminkan visi Alibaba untuk membawa kecerdasan buatan keluar dari makmal dan ke dunia sebenar, menjadikan teknologi lebih berguna dalam kehidupan harian pengguna.

Pelancaran ini juga menunjukkan kesungguhan Alibaba dalam bersaing di pasaran AI global, bukan sekadar dari segi perisian, tetapi juga integrasi ke dalam produk harian yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Berkaitan

  • Oakley Meta Dilancar - Rakaman 3K, AI Terbina, Bateri Tahan Lama
  • Xiaomi AI Glasses Kini Rasmi - Cermin Mata Pintar Pertama Xiaomi
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY