Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR MagicBook Pro 14 Ada Bateri 92Wh Dan Sokong iOS, Android, Windows Serentak

Posted on Mei 22, 2025

HONOR hari ini melancarkan MagicBook Pro 14, komputer riba 14 inci baharu yang menampilkan kapasiti bateri besar 92Wh, membolehkan operasi sehingga 12 jam penggunaan berterusan. Ia turut menyokong pengecasan pantas 100W SuperCharge, termasuk pengecasan berbalik untuk telefon dan tablet HONOR lain.

Dari segi ciri paparan, laptop ini hadir dengan skrin sentuh 14.6 inci 2.5K (3120×2080), kadar segar semula 120Hz, serta kecerahan puncak 700 nits, lengkap dengan pensijilan TUV Rheinland dan pelbagai ciri perlindungan mata seperti pemalapan PWM 4320Hz dan Mod E-Book.

Ciri utama yang membezakannya ialah Cross-OS Connectivity, iaitu menyokong pemindahan fail merentasi Windows, Android dan iOS tanpa kabel, menjadikannya antara model pertama dari luar China yang menyokong integrasi rentas sistem operasi secara penuh. Ia disokong oleh ekosistem HONOR seperti HONOR Share, HONOR Notes dan Global Favorites.

Di dalamnya, laptop ini menggunakan cip Intel Core Ultra5 225 dengan 14 teras dan 14 bebenang, mod prestasi 65W, serta padanan memori 32GB RAM dan storan 1TB SSD, menjadikannya sesuai untuk kerja kreatif, suntingan video dan tugasan berat lain.

Dengan berat hanya 1.37kg dan ketebalan 15.9mm, HONOR MagicBook Pro 14 direka untuk mudah alih, hadir dalam warna putih dan boleh dibeli di Malaysia mulai 13 Jun 2025 pada harga RM4,999. Ia turut disertakan Microsoft 365 Personal prapasang selama setahun dan beg galas HONOR bernilai RM508.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress