Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor pad 10

HONOR Pad 10 Tiba Dengan Paparan 2.5K, Bateri 10,100mAh, Harga RM1,499

Diterbitkan Mei 22, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR secara rasmi melancarkan HONOR Pad 10, tablet baharu yang memberi tumpuan kepada produktiviti, visual berkualiti tinggi dan pengalaman berasaskan AI. Ia diumumkan bersama tiga peranti lain dalam barisan baharu HONOR untuk 2025.

HONOR Pad 10 hadir dengan paparan 2.5K 120Hz bersaiz besar dan nisbah skrin-ke-badan 88%, dilengkapi gamut warna DCI-P3 dan teknologi AI Dynamic Display serta AI Ultra Picture Engine untuk pengalaman visual lebih jelas dan responsif. Tablet ini juga menampilkan lima ciri perlindungan mata melalui teknologi khas dari HONOR.

honor pad 10_1

Dikuasakan oleh Snapdragon 7 Gen 3, Pad 10 menyokong pelbagai tugasan berat termasuk suntingan, panggilan video dan penggunaan produktiviti. Ia dibekalkan dengan bateri 10,100mAh serta pengecasan pantas 35W, membolehkan penggunaan jangka panjang dalam rekaan nipis 6.29mm dan ringan 525g.

honor pad 10_2

HONOR turut memperkenalkan alat penulisan berasaskan AI dan ciri seperti AI Summary serta AI Smart Layout dalam aplikasi HONOR Notes, membantu pengguna menghasilkan kandungan, ringkasan dan olahan teks secara automatik. Ini menjadikan Pad 10 bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga sebagai alat kerja digital yang lengkap.

HONOR Pad 10 Free Gifts KV

HONOR Pad 10 akan dijual di Malaysia bermula 30 Mei 2025 dalam warna Cyan dan Gray pada harga RM1,499, lengkap dengan aksesori percuma: papan kekunci Bluetooth pintar, HONOR Pencil dan fon kepala pembatal hingar aktif bernilai RM1,097.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • HONOR 400 Lite Rasmi Di Malaysia, Ada Butang AI Khas Untuk Penggemar Fotografi
  • Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY