Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Watch 5 Available Now

HONOR Watch 5 Dan EarBuds Open Kini Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan Januari 21, 2025 · Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh Amalina Athman

Dilancarkan pada awal bulan ini, HONOR kini mengumumkan bahawa HONOR Watch 5 dan Earbuds Open sudah tersedia untuk pasaran tempatan.

Secara ringkasnya, HONOR Watch 5 menampilkan skrin AMOLED 1.85-inci, kadar segar semula 60Hz, pemantauan SpO2, ketahanan bateri sehingga 15 hari serta penjejakan GPS yang tepat.

Ia juga boleh digunakan sebagai remote untuk menangkap gambar aserta mempunyai ciri ‘Find My’. Berharga RM599, HONOR Watch 5 didatangkan dengan tali silikon berwarna Gold dan Black.

HONOR Watch 5 Available Now

Bagi HONOR Earbuds Open pula, peranti ini direka dengan bahan silikon hipoalergenik yang boleh dibentuk mengikut bentuk telinga.

Ia mempunyai sokongan perbualan masa nyata melalui ciri AI Live Translation yang boleh menterjemah sehingga 15 bahasa.

Tersedia dalam pilihan warna Polar Gold dan Polar Black, HONOR Earbuds Open diletakkan pada tanda harga RM699. 

HONOR Earbuds Open Available Now

Kedua-dua peranti ini sudah boleh dibeli melalui HONOR Store, laman rasmi HONOR Malaysia, Lazada atau Shopee.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • HONOR Magic7 Pro Dilancar Dengan Harga Bermula RM4,599
  • HONOR Watch 5 Dan Earbuds Open Turut Rasmi, Harga Bermula RM599
  • HONOR Filipina Cipta Rekod Dunia Paling Ramai Lakukan Ujian Jatuh Telefon Serentak

Sumber: Siaran Media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY