Honor View 10 Bakal Hadir Ke Malaysia 8 Januari Depan

Kemaskini - Honor View 10 akan hadir ke pasaran tempatan 15 Januari 2018

Honor View 10 atau lebih dikenali sebagai V10 di pasaran China kini telah rasmi. Berdasarkan perkhabaran dari syarikat pengeluar, ia bakal menembusi pasaran tempatan dalam masa sebulan sahaja lagi.

Diperkenalkan sebagai model flagship, peranti bakal ini bercirikan rekaan skrin 6 inci dengan resolusi 1080x2060. Dikuasakan dengan cip pemprosesan Krin 970 digandingkan bersama RAM 6GB dan storan dalaman sebesar 128GB.

Honor dilihat menekankan kecerdasan buatan (AI) pada peranti ini dengan cip Kirin 970, dan ia juga dilengkapi dengan pengimbas wajah untuk nyahkunci skrin. Fungsi putaran paparan pintar turut diperkenalkan dimana telefon tidak akan mengubah orientasi paparan sekiranya anda sedang berbaring.



Dibahagian belakang menampilkan dwi kamera yang menggabungkan lensa 16MP RGB dan 20MP monokrom. Selain itu, bateri berkapasiti 3750mAh turut digunakan dengan dilengkapi sokongan pengecasan pantas yang mampu dicas penuh dalam masa 90 minit.

Peranti ini akan dioperasikan dengan EMUI 8.0 yang berasaskan Android Oreo 8.0. Salah satu fungsi menarik Honor View 10 adalah 3D Facial Animation mirip seperti fungsi Animoji oleh Apple.

Harga pasaran Honor View 10 di China adalah sekitarĀ 449.99 Pound (~RM 2456).



Sumber: Lowyat.net