Peranti flagship ini telah diumumkan secara rasmi penawarannya ke pasaran Malaysia disamping satu lagi model iaitu Honor 7X.
Hadir dengan skrin berukuran 6 inci beresolusi 1080 x 2060 bernisbah 18:9, Honor View 10 akan dilengkapi dengan RAM 6GB dan ruang simpanan dalaman sebesar 128GB.
Disebut sebagai pesaing Huawei Mate 10, telefon pintar dari Honor ini turut mengetengahkan teknologi AI melalui Neural Processing Unit (NPU) yang didokong oleh cip pemprosesan berkuasa tinggi, Kirin 970.
Dibahagian kamera pula, View 10 menampilkan sistem dwi kamera utama belakang hasil gabungan lensa 20MP dan 16MP. Tetapan dwi kamera ini mempunyai ciri yang berupaya mengenal pasti wajah dan latarbelakang hasil bantuan daripada teknologi AI.
Sama seperti yang dilakukan pada Huawei Mate 10, Honor View 10 dipasang dengan aplikasi penterjemah Microsoft yang mampu menterjemah secara masa sebenar dalam tempoh yang singkat. Dikatakan ia 300% kali lebih pantas berbanding telefon pintar tanpa NPU.
Menerusi Honor View 10, kolaborasi dengan 2 nama besar turut terjalin iaitu Moonton yang bakal membawakan pengalaman yang lebih baik ketika bermain Mobile Legends. Satu lagi kerjasama adalah dengan DJI yang mana fungsi arahan suara dapat dibuat pada telefon pintar untuk menerbangkan dron. "DJI, Fly!!"
Antara ciri lain yang boleh anda dapat daripada Honor View 10 adalah 3D Facial Animation fungsi seakan-akan Animoji dari Apple.
Walaupun kelihatan nipis dengan ketebalan 6.97mm ia mampu bertahan lama dengan kuasa bateri berkapasiti 3750 mAh. Honor View 10 juga dilengkapi dengan fungsi nyahkunci skrin melalui imbasan wajah yang dijamin lebih efisien daripada FaceID oleh Apple.
Honor View 10 akan ditawarkan dengan dua variasi warna yakni Biru dan Hitam dan penawarannya di Malaysia akan bermula 15 Januari 2018. Harga bagi Honor View 10 masih belum diumumkan lagi dan teruskan bersama Wiser.my untuk makluman seterusnya.
Berkaitan
- Kirin 1020 Dikatakan Hampir 50% Lebih Prestasi Berbanding Kirin 990 5G
- Korea Selatan Capai 1 Juta Pelanggan Bagi Rangkaian 5G
- Mozilla Perkenal Firefox Send, Anda Boleh Hantar Fail Sehingga 2.5GB Dengan Mudah
- RF 85mm F1.2L Lensa Terbaru Dari Canon Mampu Tambah Baik Rakaman Potret
- Open Signal: Maxis Dan Celcom Masing-Masing Tawar Kelajuan Terbaik Untuk Muat Turun Dan Muat Naik
- Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dipanggil Sebagai Black Shark Helo
- Aplikasi "Find My AirPods" Dalam iOS 10.3 Beta
- Senarai Syarikat Yang Telah Menarik Diri Dari Acara MWC 2020
- Nokia 3310 Dengan Sokongan Rangkaian 3G Diperkenalkan
- Nokia 3310 Dengan Keupayaan Sambungan 4G Telah Dilancarkan