Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR KLCC

HONOR Kukuhkan Kedudukan Di Malaysia Dengan Kedai Ke-100 & Penguasaan Pasaran RM1.5K–RM3K

Diterbitkan Jun 30, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia meraikan pembukaan kedai ke-100 di Suria KLCC pada 28 Jun 2025 di mana ia pencapaian besar sejak jenama ini memasuki pasaran tempatan pada 2019.

Acara ini turut memperkenal produk terkini seperti Siri HONOR 400, MagicBook Pro 14, dan HONOR Watch 5 Ultra, termasuk ciri Cross-OS Connectivity pertama di Malaysia yang membolehkan sambungan antara HONOR dan peranti Apple.

Menurut Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li, HONOR kini mendominasi segmen pertengahan premium (RM1,500–RM3,000) dengan 1 daripada setiap 4 telefon yang dijual adalah peranti HONOR.

HONOR juga umum pelaburan RM10 juta setahun untuk perluas kedai dan naik taraf pengalaman pengguna, termasuk pusat servis. Dengan 18 pusat servis aktif dan hingga 25 menjelang akhir tahun, HONOR dijangka jadi jenama teknologi dengan rangkaian servis terbesar di Malaysia.

Berkaitan

  • Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899
  • HONOR Jadi Jenama Pertama Di Malaysia Sokong Sambungan Penuh Rentas OS
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY