Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR

HONOR Magic7 RSR Sah Akan Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan Januari 8, 2025 ยท Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR dan Porsche Design bekerjasama untuk melancarkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, telefon pintar premium edisi khas yang menggabungkan prestasi dengan rekaan berinspirasi kereta sport ini sah akan dilancarkan di Malaysia.

Telefon pintar ini dilengkapi teknologi AI untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. Ciri-ciri seperti pengimejan yang dipertingkatkan, paparan berkualiti tinggi, dan sistem prestasi yang dioptimumkan menjadikan peranti ini sebagai platform pintar yang adaptif.

Rekaannya mencerminkan elemen sporty dan ikonik Porsche, termasuk kerangka tengah berinspirasikan jalur hud kereta sport dan modul kamera heksagon yang menyerupai lampu hadapan Porsche Taycan Turbo S. Gabungan ini memberikan rupa dan ergonomik yang lebih selesa.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menampilkan kamera periskop dengan motor fokus elektromagnetik berkembar untuk hasil fotografi yang lebih baik. Saiz apertur yang lebih besar membolehkan tangkapan cahaya dan butiran yang lebih jelas. Telefon ini juga menggunakan MagicOS 9.0, sistem operasi baharu dengan ciri pintar untuk pelbagai keperluan harian pengguna.

Pelancaran PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR dan HONOR Magic7 Pro boleh ditonton dengan penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada 9 Januari 2025, jam 2 petang.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • HONOR, Jenama Telefon Pintar Premium Paling Pesat Berkembang Di Malaysia
  • Google Gemini Akan Jadi Pembantu AI Siri HONOR Magic7
  • Honor Masuki Pasaran Indonesia, Sasar Segmen Pertengahan Dan Premium Dikuasai Samsung Dan Apple

Sumber: siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY