Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 – ASIA Records Chief Adjudicator, Eldrick Koh (Left), presenting the ASIA Records certificate for “Heaviest Aircraft Towed by a Foldable Smartphone” to Ethan Chen, Deputy Country Director, HONOR Malaysia (Right).

HONOR Magic V6 Cipta Rekod Asia Tunda Pesawat 1.25 Tan, Pelancaran Malaysia Pada 4 Jun

Diterbitkan Mei 21, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh Amsyar Latif

HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan bahawa telefon pintar skrin lipat generasi baharunya, HONOR Magic V6, bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 4 Jun 2026.

HONOR Magic V6 Official Launch Date_SM

Mengekalkan rekod sebagai telefon boleh lipat paling nipis di dunia dengan ketebalan hanya 8.75mm apabila dilipat, peranti ini turut menetapkan tanda aras ketahanan ekstrem baharu selepas meraih ASIA Record bagi gelaran “Pesawat Paling Berat Ditunda Telefon Boleh Lipat”.

Photo 4 – Industry-leading HONOR Super Steel Hinge

Dalam satu pameran di SkyPark Regional Aviation Centre hari ini, HONOR Magic V6 berjaya menunda sebuah pesawat Diamond DA42 seberat 1.25 tan sejauh 150 meter menggunakan kekuatan engselnya.

Telefon ini juga berjaya menunda kereta sport Ferrari sejauh 30 meter serta dijadikan palang tarik badan tanpa mengalami sebarang kerosakan fizikal mahupun skrin retak.

Ketahanan luar biasa ini disokong oleh Engsel Keluli Super HONOR yang menawarkan kekuatan tegangan industri sehingga 2,800 MPa dan telah melepasi ujian 500,000 kali lipatan.

Di bahagian luaran, skrin peranti dilindungi oleh HONOR Anti-Scratch Nano Crystal Shield generasi baharu yang memberikan ketahanan jatuh 10 kali ganda dan ketahanan calar 15 kali ganda. Manakala paparan dalamannya menggunakan teknologi HONOR Magic Diamond Screenberasaskan Ultra-Thin Glass (UTG) untuk kesan lipatan hampir sifar.

Mengukuhkan reputasinya sebagai peranti lasak, Magic V6 menjadi telefon lipat pertama yang menerima penarafan rintangan habuk dan air berganda, IP68 dan IP69.

Peranti ini akan ditawarkan dalam empat warna iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White, dan Classic Black. Pelancaran rasminya boleh disaksikan melalui siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia pada 4 Jun ini, jam 8:00 malam.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Siri HONOR 600 Kini Boleh Dimiliki Secara Percuma Melalui Telco Terpilih
  • Xiao Zhan Kekal Duta Global, HONOR Lancar Siri Jelajah Siri 600 Di Putrajaya Dan Johor Bahru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY