Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V5 6

Keputusan Awal Penanda Aras Prestasi Honor Magic V5 Meyakinkan

Diterbitkan Julai 7, 2025 ยท Dikemas kini Julai 7, 2025 oleh ariff bukhari

Telefon pintar boleh lipat terbaru, Honor Magic V5 telah pun dilancarkan di China minggu lalu.

Honor mendakwa, Magic V5 adalah telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia. Versi globalnya pula dijangka hanya akan dilancarkan pada pertengahan Julai ini.

Namun begitu, hasil ujian awal penanda aras bagi Honor Magic V5 yang dipacu Snapdragon 8 Elite sudah pun diperlihatkan di laman Geekbench.

Tanpa menyebut nama rasmi peranti itu, model MBH-N49 yang muncul di Geekbench telah dikaitkan dengan model Honor Magic V5 berdasarkan beberapa info awal yang bocor sebelum ini.

Hasil ujian awal Geekbench Magic V5 versi global menunjukkan skor teras tunggalnya mencapai sehingga 3023 mata dan skor berbilang teras setinggi 8,800 mata.

Keputusan Awal Penanda Aras Prestasi Honor Magic V5 Meyakinkan
Keputusan Awal Penanda Aras Prestasi Honor Magic V5 Meyakinkan

Sebagai perbandingan, telefon pintar lipat OPPO Find N5 yang dipacu pemproses sama mencatatkan skor 2,888 (teras tungal) dan 8,243 mata (berbilang teras).

Nantikan spesifikasi penuh Honor Magic V5 yang dijadual akan dirasmikan pada 15 Julai ini.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Huawei Mungkin Dahului Apple, Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi
  • iQOO Z10 Kini Di Malaysia - Snapdragon 7s Gen 3, 7300mAh, Harga Serendah RM1399

Sumber: Geekbench, NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY