Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V5 6

HONOR Magic V5, Telefon Pintar Boleh Lipat Ternipis Tapi Mampu Tampung Beban 35kg

Diterbitkan Julai 2, 2025 · Dikemas kini Julai 3, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar boleh lipat HONOR Magic V5 di China.

Honor mendakwa, Magic V5 adalah telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia.

Pada ketebalan 8.8mm bila dilipat, peranti ini hanya setebal 4.1mm sahaja apabila dibuka sepenuhnya.

Beratnya pula hanya hanya antara 217 gram sehingga 222 gram sahaja bergantung pada varian.

HONOR Magic V5 6

Bukan sekadar nipisnya sahaja yang mengagumkan, malah kekuatan engselnya turut dibuktikan di mana semasa pratonton media di Malaysia, HONOR mendemonstrasikan kekuatan engsel peranti ini dengan pemberat 35 kg dan sofa yang ditampung HONOR Magic V5.

HONOR Magic V5 1
HONOR Magic V5 4
HONOR Magic V5 5

Dari segi spesifikasi untuk model di China, Magic V5 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dengan RAM sehingga 16GB dan storan 1 TB, bateri 5,820mAh, dua skrin 120Hz LTPO OLED bersaiz 7.95 inci dengan skrin hadapan 6.43 inci, sokongan pengecasan tanpa wayar dan menerima penarafan IP58/IP59 untuk kalis air dan habuk.

Malah untuk pasaran China, Honor turut melancarkan versi storan bersaiz 1 TB  dengan kapasiti bateri 6100 mAh, menjadikannya antara spesifikasi yang tertinggi bagi telefon boleh lipat.

HONOR Magic V5 6
HONOR Magic V5 6

HONOR Magic V5 ditawarkan di China pada harga bermula 8,999 Yuan (~RM5,855) bagi varian 12GB RAM + 256GB storan, ¥9,999 (~RM6,500) bagi varian 16GB RAM + 512 GB storan dan ¥10,999 (~RM7,150)  bagi varian 16GB RAM + 1 TB storan.

Pelancaran global HONOR Magic V5 dijangka tidak lama lagi di mana pelancarannya di Malaysia dijangkakan akan dibuat pada pertengahan Julai ini.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Nothing Phone (3) Dilancarkan Dengan Skrin Kedua Mikro-LED
  • Imej Xiaomi HyperOS 3 Tertiris, Mungkin Akan Perkenal UI "Liquid Glass" Juga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY