Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Lancar Kedai Dan Pusat Servis Terbesar Di Johor Bahru

HONOR Lancar Kedai Dan Pusat Servis Terbesar Di Johor Bahru

Diterbitkan Julai 24, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR akan melancarkan Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis terbesar di luar negara pada 26 Julai di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Berkeluasan 2,000 kaki persegi, kedai ini gabungkan jualan, servis dan pengalaman produk. Sempena pembukaan, 200 pelanggan pertama yang like dan kongsi Facebook HONOR Malaysia serta tinggalkan ulasan Google pada 26 Julai berpeluang menang pembersih robot.

Pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas dalam satu resit hingga 27 Julai boleh sertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai hingga RM40,000.

Kedai ini turut mempamerkan HONOR Magic V5, telefon boleh lipat ultra nipis yang hadir dengan demonstrasi interaktif termasuk engsel kukuh, skrin bendalir bukan Newton dan bateri karbon silikon.

Sejak prapesanan 15 Julai, model ini catat peningkatan jualan 60% berbanding Magic V3. HONOR Magic V5 dijual rasmi bermula 25 Julai pada harga RM6,999 (16GB RAM, 512GB storan) dalam empat warna premium. Setiap pembelian hadir dengan hadiah percuma bernilai RM2,697 dan rebat RM400 untuk program tukar beli sehingga 31 Ogos.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • HONOR Pertahan Dakwaan Ketebalan Magic V5, Ini Penjelasannya
  • HONOR Mudahkan Urusan Baiki Skrin Untuk Pengguna Telefon Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY