Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Filipina Cipta Rekod Dunia Paling Ramai Lakukan Ujian Jatuh Telefon Serentak

HONOR Filipina Cipta Rekod Dunia Paling Ramai Lakukan Ujian Jatuh Telefon Serentak

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR Philippines telah mencatatkan nama mereka ke dalam Buku Rekod Dunia Guinness selepas diiktiraf sebagai pemegang rekod membuat ujian jatuhan telefon pintar serentak paling ramai di dunia.

Rekod itu dibuat dengan menjatuhkan telefon pintar terbaru mereka, HONOR X9c 5G dengan melibatkan 264 unit telefon itu sebagai ujian ketahanan.

Telefon itu dijatuhkan dari paras bahu dengan skrin menghadap ke bawah, dan hasilnya, semua telefon itu selamat tanpa alami sebarang kerosakan.

HONOR Filipina Cipta Rekod Dunia Paling Ramai Lakukan Ujian Jatuh Telefon Serentak

Telefon ini telah menjalani beberapa ujian sebelum percubaan rasmi, membuktikan ketahanannya.

Selain ujian rasmi, peserta juga melakukan eksperimen lain seperti memasak telefon, menjatuhkannya dari ketinggian, dan menggunakannya untuk merobohkan menara tin. Kejayaan ini menonjolkan HONOR X9c 5G sebagai salah satu telefon paling tahan lasak di pasaran.

HONOR X9c 5G mendapat penarafan SGS 5-Bintang untuk Ketahanan Jatuhan di mana ia  mampu menahan jatuhan setinggi dua meter, serta menerika pengiktirafan tahan air IP65M dan suhu ekstrem (-40°C hingga 70°C).

HONOR X9c 5G juga telah dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,499.

Berkaitan

  • HONOR X9c 5G Rasmi - Bateri 6600 mAh, Cas 66W, Harga Bermula RM1,499
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Siri Redmi Note 14 Dilancar Dengan Harga Bermula RM699

Sumber: Guinness World Record

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY