HONOR baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar tahan lasak terbaharu dalam siri X, iaitu HONOR X9c 5G, untuk pasaran Malaysia. Peranti ini hadir dengan spesifikasi baik, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang mahukan telefon pintar kukuh dengan prestasi tinggi.
HONOR X9c 5G tampil dengan paparan OLED sebesar 6.78 inci dan resolusi 1.5K yang menjanjikan visual jelas dan tajam. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 4000 nits, memberikan pengalaman visual lebih lancar dan terang walaupun di bawah sinar matahari yang terik.
Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori sehingga 24GB (termasuk 12GB HONOR RAM Turbo) dan storan dalaman 256GB/512GB. Ia turut dilengkapi bateri besar 6600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Menurut Honor, kapasiti bateri ini mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas penuh, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang sering berada di luar.
Untuk rakaman gambar, Honor X9c 5G menampilkan kamera utama 108MP Ultra Sensing, kamera ultra lebar 5MP, serta kamera hadapan 16MP untuk swafoto berkualiti. Peranti ini juga mempunyai penarafan IP65M yang tahan terhadap percikan air dan debu. HONOR X9C juga hadir dengan dwi-pembesar suara.
Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar berasaskan AI seperti AI Eraser, AI Motion Sensing, Magic Capsule, Magic Portal, Parallel Space, dan AI Privacy, yang menambah baik lagi pengalaman pengguna.
Honor X9c 5G tersedia dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black dan dijual dengan tanda harga RM1,499 (12GB+256GB) dan RM1,699 (12GB+512GB).
Seperti biasa, telefon ini menawarkan jaminan tiga tahap, 36 bulan bateri dan 180 hari penggantian satu sama satu (pembelian sehingga 15 Disember sahaja).
{suggest}