Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Honor 8 Tidak Akan Dapat Kemaskini Android Oreo 8.0

Posted on Januari 16, 2018Januari 16, 2018

Pada satu temubual yang berlangsung pada bulan Disember 2017 yang lepas, CEO Honor telah mendedahkan perancangan syarikat untuk menyediakan kemaskini berasaskan Android Oreo 8.0 melalui EMUI 8.0 kepada dua peranti, Honor 8 dan Honor 8 Pro.

Beberapa ketika selepas itu, EMUI 8.0 versi beta untuk Honor 8 Pro mula ditawarkan tetapi perkhabaran terbaru menyatakan model Honor 8 pula tidak akan menerima kemaskini tersebut.

Ini berdasarkan dari jawapan tweet oleh Honor India yang menyatakan perkakasan dan perisian Honor 8 tidak serasi untuk menjalankan sistem operasi EMUI 8.

we can understand your concern. However, we regret to inform you that Honor 8 is not compatible for Android Oreo update due to hardware and software limitations. We always work for our customers and we are really glad to have you as an Honor customer. Inconvenience is regretted.

— Honor India (@HiHonorIndia) January 15, 2018

Honor turut menambah bahawa kemaskini sekuriti akan tetap diberikan dalam tempoh beberapa tahun yang mendatang.

Sumber: Honor India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress