Android Oreo Beta Bagi Honor 8 Pro Sudah Mula Ditawarkan

Bagi pemilik Honor 8 Pro yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk merasai sistem operasi Android Oreo, anda kini boleh menikmatinya menerusi versi ujian  Beta.

Android Oreo 8.0 pada peranti ini dibawakan oleh EMUI 8.0 yang menawarkan pelbagai ciri menarik dan antaranya adalah...

  • Picture-in-Picture (mod PiP)

  • Lebih kawalan untuk fungsi notifikasi dan autofill

  • Ciri mengingati info log masuk pada sesuatu aplikasi kegemaran anda.


Bagaimana cara untuk mendaftar ujian beta ini?

  1. Klik pada pautan ini - Ujian beta EMUI8 

  2. Muat turun aplikasi dan pasang aplikasi

  3. Tekan ikon aplikasi BETA

  4. Sahkan terma dan syarat

  5. Daftar/log masuk

  6. Setelah log masuk, pilih Personal -> Available Project -> Join Project.


Sumber: Huawei