Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor 7X Terima Ciri Nyahkunci Menggunakan Wajah Pada Kemaskini Akan Datang

Honor 7X Terima Ciri Nyahkunci Menggunakan Wajah Pada Kemaskini Akan Datang

Diterbitkan Januari 17, 2018 · Dikemas kini Januari 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Ciri nyahkunci menggunakan wajah mula popular pada peranti Samsung Galaxy S8 diikuti dengan iPhone X dan ia semakin menular kepada model-model lain, termasuklah peranti kelas pertengahan.

Sebelum ini kita telah dikhabarkan mengenai OnePlus menawarkan ciri nyahkunci berasaskan wajah kepada model OnePlus 5, 3 dan 3T menerusi kemaskini perisian. Menuruti langkah yang sama adalah Honor dimana pengeluar itu menjanjikan ciri tersebut untuk peranti Honor 7X.

Honor 7X Terima Ciri Nyahkunci Menggunakan Wajah Pada Kemaskini Akan Datang

Pengumuman yang dibuat melalui laman Facebook itu menyebut bahawa ciri Face Unlock bakal hadir tidak lama lagi. Honor 7X rasmi pada pasaran tempatan dipertengahan Disember 2017 dengan harga RM 1099.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY