Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR 600 Lite Dilancarkan, Harga RM1,399

Posted on Mac 5, 2026Mac 5, 2026

HONOR hari ini mengumumkan pelancaran HONOR 600 Lite untuk pasaran Malaysia.

HONOR 600 Lite menampilkan skrin 6.6-inci AMOLED 1.5K dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 6,500 nits. Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7100 Elite bersama gandingan 12GB RAM dan 256GB storan.

Bahagian kamera pula dilengkapi sensor utama 108MP, 5MP kamera ultra lebar serta 16MP untuk swafoto. Ia juga didatangkan dengan AI Camera Button.

Bagi menghidupkan peranti, HONOR 600 Lite dibekalkan bateri berkapasiti 6,520 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W. Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 6.0, NFC, penarafan kalis air dan habuk IP66 serta menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16.

Harga dan ketersediaan

Dengan pilihan warna Desert Gold dan Velvet Grey, HONOR 600 Lite kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM1,399.

Untuk tempoh terhad, HONOR turut menawarkan rebat RM100 serta Waranti Lanjutan 1+1 Tahun bernilai RM99. Pembelian boleh dilakukan di HONOR Experience Store seluruh negara, laman rasmi HONOR atau dengan memasukkan nama produk di bahagian carian Laman Beli untuk Shopee dan TikTok Shop.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress