Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honda O Series

Honda Tayang 2 Prototaip EV Baharu, 0 SUV Dan 0 Sedan

Diterbitkan Januari 8, 2025 · Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas memperkenalkan model konsep kenderaan elektrik (EV) mereka pada awal 2024 lalu, Honda kembali dengan “Honda 0 Series” menerusi 2 model prototaip baharu mereka, Honda 0 Saloon dan Honda 0 SUV.

EV protoaip Honda terbaru ini didedahkan di acara CES 2025 yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Prototaip Honda 0 Saloon kelihatan sangat mirip dengan konsep tahun lepas, tetapu prototaip SUV 0 adalah evolusi konsep Hab Angkasa 2024 dengan bentuk yang lebih bergaya.

Honda O Series SUV
Honda O SUV
Honda O Series SUV

Honda menyatakan, Honda 0 Series akan menampilkan AI termaju, teknologi penderiaan, pengecaman/membuat keputusan dan teknologi pemantauan pemandu termaju, menjadikan sistem AD/ADAS mereka lebih pintar ke arah seperti manusia.

Honda O Saloon
Honda O Saloon

Honda sebelum ini telah menyatakan sasaran mereka untuk melancarkan “Honda 0 Series,” siri EV baharu untuk pasaran global, bermula dari pasaran Amerika Utara dalam tahun 2026.

Malah Honda turut menampilkan logo “H” baharu yang mewakili komitmen syarikat automotif Jepun itu untuk EV generasi akan datang dengan slogan Nipis, Ringan dan Bijak menerusi 5 nilai teras berikut:

  1. Reka bentuk artistik
  2. AD/ADAS yang menjamin keselamatan dan ketenangan jiwa
  3. “Ruang” untuk yang dimungkinkan oleh IoT dan teknologi yang berkaitan
  4. Kegembiraan memandu dengan perasaan bersatu dengan kenderaan dan;
  5. Prestasi kecekapan elektrik yang luar biasa

Berkaitan

  • Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo 'H' Baharu, Bakal Dilancar 2026
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Honda Dan Nissan Sahkan Rancangan Penggabungan, Akui Saingan Sengit Dari China

Sumber: Honda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY