Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo ‘H’ Baharu, Bakal Dilancar 2026

Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo ‘H’ Baharu, Bakal Dilancar 2026

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh ariff bukhari

Honda hari ini mendedahkan kereta elektrik (EV) konsep baharu di CES 2024. EV itu dikenali sebagai “Honda 0 Series,”.

Hadir dalam 2 model iaitu Saloon dan Space-Hub, siri EV konsep ini bakal menjengah pasaran global dalam tahun 2026 nanti bermula dengan pasaran Amerika Utara dahulu. Kemudian diikuti Jepun, Asia, Eropah, Afrika dan Timur Tengah dan Amerika Selatan.

Honda menggambarkan EV Honda 0 Series mereka sebagai “Nipis, Ringan dan Bijaksana”.

“Honda akan berusaha untuk mencipta nilai baharu untuk EV dengan mengatasi kekangan menjadi kenderaan “tebal dan berat” disebabkan peningkatan kapasiti bateri yang perlu dibawa oleh kenderaan untuk mendapatkan jarak yang cukup, serta badan dan platform yang besar yang diperlukan untuk menampung kapasiti bateri sedemikian.” Honda.

Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo ‘H’ Baharu, Bakal Dilancar 2026
Model konsep Honda 0 Series, Saloon.
Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo ‘H’ Baharu, Bakal Dilancar 2026
Model konsep Honda 0 Series Space-Hub.

Honda juga berkata, mereka akan memendekkan tempoh masa mengecas EV Honda 0 Series kepada 10 hingga 15 minit sahaja bagi mencapai 80% kapasiti dari bateri yang tinggal 15% kapasiti sahaja.

“Model Honda 0 Series akan menawarkan prestasi pengecasan tanpa tekanan dan prestasi bateri tanpa kebimbangan yang meminimumkan kemerosotan selama bertahun-tahun penggunaan.”

“Honda sedang berusaha untuk mengehadkan kemerosotan kapasiti (julat) bateri kepada kurang daripada 10% selepas 10 tahun penggunaan.”

Selain itu, Honda turut mendedahkan rekaan logo “H” baharu yang akan digunakan pada EV Honda generasi akan datang, termasuk model Honda 0 Series.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G - Fahmi Fadzil
  • CES 2024: Volkswagen Integrasi ChatGPT Dalam Kenderaan
  • Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan 'Soundbar' Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma

Sumber: Honda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY