Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hMPV Bukan Penyakit Baharu Di Malaysia, Tidak Wajib Dilaporkan – KKM

hMPV Bukan Penyakit Baharu Di Malaysia, Tidak Wajib Dilaporkan – KKM

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Respon terhadap kes hMPV yang dilaporkan semakin meningkat di China, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan minggu lalu memaklumkan, penyakit hMPV (Human Metapneumovirus) bukanlah satu penyakit baharu di Malaysia.

Sehubungan itu, KKM menyatakan bahawa orang ramai tidak wajib melaporkan penyakit tersebut atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

KKM menerangkan, hMPV adalah salah satu jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dalam keluarga Pneumoviridae.

Berdasarkan data daripada Makmal Kesihatan Awam dan makmal hospital KKM, sejumlah 327 sampel yang dikesan positif hMPV pada tahun 2024 lepas berbanding 225 sampel positif hMPV pada tahun 2023 dahulu.

Melihatkan kes yang semakin meningkat, KKM menasihatkan orang ramai supaya kerap mencuci tangan dengan sabun atau sanitasi tangan, amalkan adab batuk/bersin dengan menutup mulut dan memakai pelitup muka bagi individu berisiko tinggi.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Malaysia Antara Yang Terawal Perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan
  • Apple Malaysia Tawar AirPods 4 Edisi Istimewa Berharga RM829

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY