Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Year of the Snake Special Edition AirPods 4 with Active Noise Cancellation

Apple Malaysia Tawar AirPods 4 Edisi Istimewa Berharga RM829

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, Apple Malaysia kini menawarkan fon telinga Air Pods 4 Edisi Istimewa.

Dikenali sebagai Year of the Snake Special Edition AirPods 4 with Active Noise Cancellation, fon telinga ini menampilkan rekaan grafik istimewa Tahun Ular yang dicetak pada kotak dan casing Airpods tersebut.

Year of the Snake Special Edition AirPods 4 with Active Noise Cancellation

AirPods 4 dengan ANC baru sahaja dilancarkan pada tahun 2024 lepas yang menawarkan beberapa teknologi audio terkini seperti pembatalan hingar, Audio Spatial diperibadikan dengan penjejakan kepala dinamik serta dikuasakan oleh cip H2.

Antara kelebihan cip H2 ini adalah ia menyampaikan panggilan yang lebih jelas dengan ciri pengasingan suara serta perkenalkan cara baharu bebas tangan untuk berinteraksi dengan Siri.

Fon telinga Year of the Snake Special Edition AirPods 4 with Active Noise Cancellation ini boleh dibeli terus dari stor rasmi Apple Malaysia yang berharga RM829.

Bagi mereka yang berada berhampiran Kuala Lumpur, anda boleh membelinya hari ini dan mengambilnya sendiri pada hari yang sama di stor fizikal rasmi Apple Malaysia di Apple The Exchange TRX.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini
  • Malaysia Antara Yang Terawal Perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY