Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
label ubat brailLe

Malaysia Antara Yang Terawal Perkenal Label Ubat Mesra OKU Penglihatan

Diterbitkan Januari 6, 2025 · Dikemas kini Januari 6, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif Label Ubat Mesra OKU Penglihatan bagi membantu pesakit OKU Penglihatan dalam urusan pengambilan ubat di seluruh negara.

Inisiatif ini menjadikan Malaysia salah satu negara terawal di Asia yang melaksanakan langkah inovatif ini.

Pelancaran inisisatif ini dibuat sama dengan Hari Braille yang disambut pada 4 Januari setiap tahun sempena tarikh lahir pencipta Braille, Louis Braille.

Menerusinya, label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU Penglihatan (contoh seperti rajah di bawah) akan mengandungi tulisan Braille bagi menjelaskan informasi penting tentang ubat yang diambil pesakit iaitu:

  • Cara pengambilan atau dos ubat (misalnya 2 biji ubat, 3 kali sehari)
  • Indikasi ubat yang menerangkan kegunaan ubat (misalnya demam, batuk atau selesema).

label ubat brailLe

Mungkin ada yang beranggapan Braille sebagai bahasa. Tapi sebenarnya tahukah anda bahawa Braille bukanlah bahasa, sebaliknya ia adalah sejenis tulisan yang dibaca menggunakan deria sentuhan.

Tulisan Braille merupakan medium komunikasi dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan.

Malah simbol Braille bukan terhad untuk abjad sahaja, ia kini terdapat untuk huruf Jawi serta simbol-simbol untuk matematik dan sebagainya.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2
  • Google Pay Kini Menyokong Kad Debit Boost Bank

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY