Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HITACHI VANTARA

Hitachi Vantara Lancar Sistem Storan Baharu Bagi Pusat Data Malaysia

Diterbitkan November 19, 2025 · Dikemas kini November 19, 2025 oleh ariff bukhari

Johor kini memacu lonjakan pusat data Malaysia dengan pelaburan diluluskan melebihi RM164 bilion dan kapasiti dijangka mencapai 4–5 GW.

Seiring perkembangan ini, Hitachi Vantara melancarkan Virtual Storage Platform (VSP) One Block High End, sebuah sistem storan all-flash NVMe yang direka khusus untuk era AI dan beban kerja kritikal.

Hitachi Vantara Lancar Sistem Storan Baharu Bagi Pusat Data Malaysia

Dengan kemampuan mencapai 50 juta IOPS serta latensi kurang daripada 100 mikro saat, ia menjanjikan prestasi luar biasa untuk aplikasi perniagaan moden menjadikannya pilihan kukuh bagi organisasi yang memerlukan kesinambungan operasi tanpa gangguan.

Hitachi Vantara Lancar Sistem Storan Baharu Bagi Pusat Data Malaysia

Dari sudut keselamatan, VSP One Block High End dilengkapi pensijilan FIPS 140-3 Level 2, perlindungan siber terbina, serta keupayaan pemulihan pantas daripada serangan ransomware.

Ia juga menjanjikan penjimatan kos dengan 4:1 jaminan pengurangan data, di samping mod penjimatan tenaga yang mesra alam.

Produk ini menyokong integrasi dengan Oracle, SAP HANA, Microsoft SQL dan awan hibrid seperti Azure, AWS dan Google Cloud dengan pelancaran globalnya dijadualkan pada suku pertama 2026 akan datang.

Berkaitan

  • Qualcomm Umum Cip AI Untuk Pusat Data - AI200, AI250
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • GIGABYTE Lancar Superkomputer Kompak Dipacu NVIDIA Blackwell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY