Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Umum Cip AI Untuk Pusat Data – AI200, AI250

Qualcomm Umum Cip AI Untuk Pusat Data – AI200, AI250

Diterbitkan Oktober 28, 2025 · Dikemas kini Oktober 28, 2025 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini mengumumkan dua cip AI baharu bagi mencabar dominasi Nvidia dalam pasaran semikonduktor AI.

Qualcomm AI200 direka khusus untuk inferens AI di pusat data dengan fokus kepada kos pemilikan lebih rendah dan prestasi yang dioptimumkan untuk model bahasa raya dan multimodal (LLM, LMM), serta pelbagai tugasan AI lain.

Ia menyokong sehingga 768GB LPDDR bagi setiap kad, menjadikannya lebih fleksibel dan mampu menangani skala inferens yang lebih tinggi pada kos memori lebih rendah.

Bagi AI250 pula, ia dilengkapi seni bina memori baharu berasaskan teknologi near-memory computing. Teknologi ini memberi peningkatan besar dari segi kecekapan dan prestasi untuk tugasan inferens AI, dengan lebih 10 kali ganda lebar jalur (bandwidth) memori dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Pendekatan ini juga membolehkan pemprosesan AI dijalankan secara disaggregated, memastikan penggunaan perkakasan lebih efisien sambil memenuhi keperluan prestasi dan kos pelanggan.

Qualcomm Umum Cip AI Untuk Pusat Data – AI200, AI250

Kedua-dua sistem rak ini menyokong penyejukan cecair untuk pengurusan haba yang lebih efisien, sambungan PCIe bagi menambah skala dalam satu sistem, serta Ethernet untuk sambungan merentasi pelbagai sistem.

Ia turut dilengkapi confidential computing untuk keselamatan data, dengan penggunaan kuasa sehingga 160 kW bagi setiap rak.

Dari segi pelancaran, Qualcomm AI200 dijangka akan mula dipasarkan pada 2026, manakala AI250 akan menyusul pada 2027.

Berkaitan

  • Qualcomm Dragonwing Q-6690, Pemproses Enterprise Pertama Dunia Dengan RFID Terbina
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows
  • Qualcomm Dedah Hala Tuju 6G, Ujian Peranti Bermula 2028

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY