Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dolby Vision 2

Hisense Jadi TV Pertama Sokong Dolby Vision 2

Diterbitkan September 3, 2025 · Dikemas kini September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Dolby Laboratories memperkenalkan Dolby Vision 2, evolusi baharu teknologi HDR premium yang direka untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi TV moden.

Teknologi ini hadir dengan Dolby Image Engine generasi baharu serta ciri Content Intelligence berasaskan AI yang membolehkan penalaan automatik kualiti gambar mengikut kandungan dan persekitaran tontonan.

Antara ciri utamanya ialah Precision Black untuk mengurangkan masalah imej terlalu gelap, Light Sense bagi penalaan berdasarkan cahaya persekitaran, serta Sports & Gaming Optimization yang memberi kelancaran gerakan dan ketepatan warna untuk sukan serta permainan video.

Dolby Vision 2 juga memperkenalkan bi-directional tone mapping, memanfaatkan sepenuhnya keupayaan kecerahan dan warna yang mampu dihasilkan skrin TV moden.

Lebih daripada HDR, Dolby Vision 2 menambah Authentic Motion, alat kawalan pergerakan bagi menghasilkan pengalaman sinematik lebih asli.

Teknologi ini ditawarkan dalam dua tahap: Dolby Vision 2 Max untuk TV premium berprestasi tinggi, dan Dolby Vision 2 untuk TV umum.

Hisense akan menjadi pengeluar TV pertama mengintegrasikan Dolby Vision 2 ini pada model premium yang berasaskan MediaTek Pentonic 800 MiraVision Pro.

Manakala CANAL+ menjadi kumpulan media pertama menawarkan kandungan filem, siri, dan siaran langsung dengan teknologi ini.

Berkaitan

  • Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Hisense Lancar TV RGB-MiniLED 116” Pertama Dunia Berharga RM99,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY