Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®

Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®

Diterbitkan Jun 24, 2024 · Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh ariff bukhari

Lenovo™ hari ini memperkenalkan tablet terbarunya, Lenovo Tab Plus, yang memberikan pengalaman audio luar biasa menerusi 8 pembesar audio JBL dengan struktur matriks Hi-Fi yang ditala oleh Dolby Atmos® dan menyokong audio resolusi tinggi frekuensi 24-bit dan 96kHz apabila menggunakan fon kepala.

Direka untuk pencinta muzik, tablet bersaiz 11.5-inci ini melengkapkan bunyi premiumnya dengan paparan 2K untuk visual yang jelas dengan kadar segar 90Hz dan kecerahan tertinggi 400 nits.

Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®
Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®
Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®

Untuk memastikan hiburan tanpa hentinya, tablet ini padat dengan bateri 8600 mAh yang mampu menstrim sehingga 12 jam dan pengecasan pantas 45W yang mencapai kuasa penuh hanya dalam 90 minit.

Untuk memberikan prestasi terbaiknya, Lenovo Tab Plus dikuasakan oleh pemproses MediaTek™ Helio G99, menawarkan sehingga 256GB storan terbina dalam (tersedia slot kad MicroSD untuk storan tambahan) dan kalis air dan habuk IP525.

Lenovo Tab Plus dijangka akan tersedia di Malaysia bermula 21 Julai 2024 nanti dengan harga jualan RM1,599.00.

Menariknya di sini adalah harga tersebut lengkap berserta dengan aksesori Lenovo Tab Pen Plus, Papan Kekunci Wayarles Berbilang Peranti Lenovo dan sarung pelindung Lenovo Tab Plus Sleeve.

Lenovo Tab Plus Diperkenalkan, Tablet Hiburan Dengan 8 Pembesar Audio JBL Ditala Dolby Atmos®

Lenovo akan menawarkan sokongan kemas kini selama 2 tahun dengan tampung keselamatan selama 4 tahun sehingga Jun 2028.

Juga tersedia dengan Lenovo Premium Care6 untuk sokongan teknikal yang diperibadikan dan Lenovo Accidental Damage Protection One6 untuk keselamatan terhadap titisan atau tumpahan air yang tidak disengajakan.

Berkaitan

  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Acer Lancar Monitor Lengkung Ultra Lebar Baharu, Harga RM1099 Sahaja

Sumber: Siaran media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY