Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Helmet Motosikal Dengan Teknologi ANC Dilancar Pada Harga ~RM2,600

Helmet Motosikal Dengan Teknologi ANC Dilancar Pada Harga ~RM2,600

Diterbitkan Januari 22, 2026 oleh ariff bukhari

Pengeluar helmet motosikal terkemuka dari AS, Sena Technologies, Inc. (Sena) kini memperkenalkan helmet motosikal pertama di dunia dengan teknologi active noise cancelling (ANC).

Menerusi model Phantom ANC, isu utama penunggang iaitu bunyi angin yang biasanya diselesaikan dengan penyumbat telinga kini di atasi.

Phantom ANC menggunakan teknologi pembatalan hingar berasaskan AI yang direka untuk meminimumkan hingar latar belakang, sekali gus menawarkan pengalaman komunikasi yang lebih jelas, walaupun sedang menunggang dalam persekitaran yang bising.

Helmet Motosikal Dengan Teknologi ANC Dilancar Pada Harga ~RM2,600

Sena menyatakan, Phantom ANC secara eksklusif menawarkan ciri ANC untuk keselesaan tambahan.  Phantom ANC mengurangkan bunyi latar belakang sebanyak 20 dB, mengekalkan tahap hingar yang selamat.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin sentiasa peka dengan persekitaran , anda boleh beralih kepada mod ambien dengan mudah.

Sena menegaskan, fungsi ANC ini direka untuk melindungi pendengaran daripada bunyi bising yang berlebihan semasa tunggangan.

Namun, memandangkan ia mengurangkan bunyi sekeliling, penunggang motosikal diminta untuk lebih berhati-hati semasa menunggang.

Dengan harga sekitar USD650 (~RM2,600), Sena Phantom ANC tidak menjanjikan kesunyian mutlak, namun, ia membantu melindungi pendengaran daripada bunyi bising yang berlebihan dalam perjalanan jauh dan menawarkan pengalaman komunikasi yang lebih baik.

Berkaitan

  • Helmet Motosikal Pintar Dengan Ciri HUD Dilancarkan, Kurangkan Pergantungan Pada Telefon Pintar
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700
  • Shoei Lancar Aksesori Visor Helmet Anti-Kabus Elektronik Berharga ~RM800

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY