Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Helmet iC-R

Helmet Motosikal Pintar Dengan Ciri HUD Dilancarkan, Kurangkan Pergantungan Pada Telefon Pintar

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh ariff bukhari

Intelligent Cranium Helmets telah melancarkan helmet motosikal pintar di CES 2025 yang menawarkan inovasi keselamatan canggih untuk penunggang motosikal.

Dikenali sebagai iC-R, ciri canggih utama yang ada pada helmet motosikal ini termasuklah:

  • Pandangan 240 darjah yang disediakan oleh dwi kamera belakang memberikan liputan visual luas untuk mengurangkan titik buta.
  • Paparan Heads-Up (HUD) yang menampilkan kecerahan boleh laras, navigasi dan penyepaduan dengan Android Auto dan Apple Carplay.
  • Sistem pengesanan kemalangan (ESAS) yang secara automatik menghubungi pasukan keselamatan jika penunggang tidak bergerak selama 15 saat selepas jatuh.
  • Sistem amaran jarak dekat untuk mencegah perlanggaran
  • Komunikasi Bluetooth dan mesh dengan tiga mod, memastikan penunggang kekal berhubung tanpa had jarak.
Helmet iC-R App-Screen-2
Antara kandungan yang dipaparkan menerusi HUD helmet ini.

Dengan fokus pada keselamatan dan teknologi, helmet ini merevolusi pengalaman menunggang motosikal, menjadikannya lebih selamat dan terhubung.

Tersedia dalam 4 model, helmet iC-R ini sudah tersedia untuk dibeli di stor Intelligent Cranium Helmet yang berharga antara USD650 (~RM2900) hingga USD1,850 (~RM8,300) dengan penghantaran dijadualkan pada 28 Februari 2025.

Berkaitan

  • GoPro Peroleh Syarikat Perintis Teknologi Helmet Motorsikal, Forcite
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • HDMI 2.2 Akan Tiba Tahun Ini, Tawar 'Bandwith' Setinggi 96Gbps Untuk Video Dan Audio Berkualiti Tinggi

Sumber: Intelligent Cranium Helmets

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY