Bagi versi terbaru ini beberapa penambahan telah dibuat termasuklah sokongan kepada video resolusi 10K pada kadar 120fps dan ciri Dynamic HDR.
Selain daripada itu, keupayaan menghantar data juga dipertingkatkan sehingga 48Gbps. Ia merupakan kelajuan yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan HDMI 2.0 sekarang yang menyalurkan data pada kadar 18Gbps dan HDMI 1.4 dengan 10.2Gbps.
Ini bermaksud, HDMI 2.1 mampu memberikan lebih resolusi, kadar bingkai yang tinggi, dan kedalaman warna yang lebih banyak.
Spesifikasi baru ini juga menyokong kadar segar semula (refresh rates) bagi video resolusi tinggi iaitu 60Hz bagi 8K dan 120Hz bagi 4K.
Turut sama diperkenalkan adalah VRR atau Variable Refresh Rate, yang mana ia akan mengurangkan atau menghindarkan lag supaya paparan permainan video menjadi lancar. Carta dibawah menunjukkan beberapa penambahan yang dibuat pada versi 2.1.
Format baru ini juga boleh digunakan pada port HDMI lama, bermakna pengeluar peranti mempunyai masa untuk membangunkan peranti yang mampu dioptimumkan oleh HDMI 2.1.
Sumber: HDMI Forum via Engadget
Berkaitan
- Pixel 5 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Ini, Dilancarkan Hujung September?
- Video Perlihat Kotak Bungkusan Realme 4, Mungkinkah Dilancar Tahun Ini?
- Ini Adalah Video Promo Galaxy S9 Dan S9+
- Dapatkan Cashback Sehingga RM7 Melalui Touch n' Go e-Wallet Di 7-Eleven
- Samsung S10 X Dan Huawei P30 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM 12GB
- Webe Bakal Hadir Dengan Pelan Mudah Alih Baru Tidak Lama Lagi
- Inilah Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung
- Samsung Pay Mini | Aplikasi Pembayaran Atas Talian Bagi Semua Telefon Android
- Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia
- Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel