Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ghost of Tsushima: Legends

Rasmi, Siri Anime Ghost of Tsushima: Legends Akan Tiba Pada 2027

Diterbitkan Januari 9, 2025 · Dikemas kini Januari 9, 2025 oleh ariff bukhari

Crunchyroll mengumumkan semasa sidang media CES 2025 oleh Sony Group Corporation bahawa siri anime berdasarkan permainan video popular, ‘Ghost of Tsushima’ dan edisi berbilang pemain Ghost of Tsushima: Legends akan ditayangkan secara eksklusif di Crunchyroll pada tahun 2027.

Takanobu Mizuno (Star Wars: Visions “The Duel“) akan mengarahkan siri anime ini di dengan Gen Urobuchi bertanggungjawab untuk komposisi cerita.

Anime ini akan diterbitkan bersama Aniplex dengan Sony Music sebagai rakan untuk muzik dan runut bunyi.

Maklumat tambahan mengenai staf dan pelakon pula masih belum diumumkan setakat ini.

Rasmi, Siri Anime Ghost of Tsushima: Legends Akan Tiba Pada 2027

Permainan asal ‘Ghost of Tsushima’ telah dilancarkan di PlayStation 4 pada Julai 2020 dahulu, diikuti oleh PlayStation 5 pada 2021 dan Windows pada 2024.

Ia berkisar tahun 1274 ketika pahlawan samurai adalah pembela legenda Jepun. Sehinggalah Empayar Mongol menyerang pulau Tsushima, mendatangkan malapetaka dan menakluki penduduk tempatan.

Sebagai salah seorang samurai terakhir yang masih hidup, pemain bangkit dari abu untuk melawan melangkaui tradisi samurai untuk membentuk cara pertempuran baharu iaitu dengan ‘cara Hantu’.

Ghost of Tsushima: Legends pula dilancarkan pada Oktober 2020. Sekuelnya bertajuk ‘Ghost of Yōtei’ diumumkan pada September 2024 dan dijadualkan untuk pelancaran pada 2025.

Ghost of Tsushima: Legends berkisar selepas pencerobohan awal Tsushima oleh Empayar Mongol dan Oni yang jahat telah dilepaskan ke atas alam fana.

Walau bagaimanapun, empat pahlawan legenda dari masa silam Tsushima telah dibangkitkan untuk melawan kedua-dua gerombolan Mongol dan Oni ini.

Berkaitan

  • Ghost of Tsushima Director's Cut Akan Tiba Di PC Mei Ini
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna PS5 Didapati Bingung Sama Ada Mematikan Konsol Mereka Atau Tidak

Sumber: Crunchyroll

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
  • Google Didapati Pautkan Nombor Telefon Kepada Semua Akaun Secara Automatik
  • Apple Bakal Perkenal Produk Baharu Minggu Depan - MacBook Pro Skrin Sentuh Antara Yang Dijangka
  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
©2026 WISER.MY