Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hati-Hati, Permainan Steam Ini Sebenarnya Perisian Hasad PC

Hati-Hati, Permainan Steam Ini Sebenarnya Perisian Hasad PC

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda ada menerima tawaran permainan percuma dari platform Steam, sila berhati-hati jangan sampai memuat turun dan memasang permainan bertajuk PirateFi.

Ia selepas judul permainan itu sebenarnya adalah cubaan penggodam untuk menjangkiti pengguna dengan perisian hasad Windows dengan melancarkan permainan itu di platform Steam.

Malah pihak Valve telah memberi amaran kepada pengguna yang terjejas tentang ancaman tersebut.

Steam juga telah menasihatkan mereka untuk menjalankan imbasan sistem penuh menggunakan perisian antivirus yang dipercayai.

Seorang pengguna dalam forum Steam menyedari sesuatu yang mencurigakan apabila antivirusnya mengesan PirateFi sebagai trojan (Trojan.Win32.Lazzzy.gen).

Screenshot 2025-02-14 at 10.05.49 AM

Perisian hasad ini mengekstrak fail ke dalam folder sementara dan mencuri kuki pelayar, membolehkan penggodam merampas akaun dalam talian mangsa.

Beberapa pemain telah melaporkan akaun Microsoft dan Steam mereka telah digodam, serta kehilangan wang dan mata ganjaran dalam permainan mereka.

Permainan ini juga disebarkan melalui Telegram, di mana ia menawarkan jawatan palsu sebagai moderator permainan dengan bayaran $17 sejam sebagai umpan untuk menarik mangsa.

Seorang pengguna yang menyiasat tawaran itu mendapati ia dikendalikan oleh bot AI yang cuba memujuk orang ramai untuk memuat turun permainan dan menjangkiti komputer mereka.

SteamDB menganggarkan bahawa PirateFi mungkin telah dimuat turun oleh lebih 800 pengguna. Valve menasihatkan pengguna untuk memasang semula sistem operasi Windows mereka bagi memastikan perisian hasad dibuang sepenuhnya.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Tema Sembang – Begini Cara Tukar
  • Tim Cook Sahkan Pelancaran Produk Baharu Minggu Depan - Kemungkinan iPhone SE

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY