Masa kini, sudah ada banyak pilihan pembesar suara di pasaran untuk penggunaan dengan komputer mahu pun televisyen (TV).
Namun, biasanya di TV orang akan menggunakan soundbar. Jarang sekali guna jenis pembesar suara. Salah satu faktor mungkin disebabkan tidak yakin dengan kualiti audionya.
Bagaimanapun, pembesar suara daripada Creative ini agak menarik untuk anda lihat.
Creative Pebble X Plus, sedap mata memandang
Rangkaian speaker daripada jenama Creative selalu membuatkan kami terkesima. Creative Pebble X Plus yang baharu ini menampilkan panggung suara (soundstage) lebih besar daripada edisi Pebble Pro mereka, namun tidak pula memakan ruang.
Edisi plus ini dilengkapi dengan subwoofer yang secara tak langsung menjadikan speaker ini lebih gempak.
Reka bentuk Creative Pebble X Plus
Pebble X Plus terdiri daripada dua tweeter dan subwooferdengan saiz 5.48-inci, sementara subwoofer agak sedikit besar dengan ukuran 6.24-inci dengan reka bentuk lebih simetris.
LED RGB terpasang dibahagian sisinya dan kedua-dua speaker dihubungkan dengan kabel tertanam (embedded wire), sementara subwoofer Pebble X Plus boleh dipasang-cabut (detachable).
Kami cukup menikmati reka bentuk Pebble X Plus ini kerana selain kecil, ia cukup minimalis untuk dekorasi display atas meja. Ketika dipasang, tampilan pencahayaan RGB yang menyala memberikan tampilan bergaya pada Pebble.
Untuk sambungan, Pebble X Plus menyokong Bluetooth, jadi lebih mudah untuk anda hubungkan dengan mana-mana peranti, telefon atau komputer. Bahagian kanan speaker ini juga dilengkapi USB-C ports – PD charging, 3.5mm auxiliary port dan port input terpisah untuk headphones dan mikrofon.
Ciri-ciri:
- Pemacu 75”
- 15W RMS (30W dengan sambungan USB)
- Subwoofer kompak dengan dwi radiator pasif
- 45° Elevated Audio Projection
- Pencahayaan RGB
Spesifikasi:
- USB audio dan kuasa
- Bluetooth 5.3
- 5 mm AUX input
- 4-pole port fon kepala
- 3-pole port mikrofon
Dimensi:
- Pembesar suara: 139.5 x 145 x 136 mm / 5.49 x 5.71 x 5.35 inci
- Subwoofer: 156.4 x 156 x 158.5 mm / 6.16 x 6.14 x 6.24 inci
Pebble X Plus kecil-kecil cili padi
Tiba masa kita bercakap pula mengenai “ngauman” Pebble X Plus ini.
Singkatnya, kecil tapi power! Boleh dikatakan, bunyinya lebih mantap apabila dihubungkan secara terus melalui USB – untuk kegunaan PC dan TV.
Subwoofer turun ke 45 Hz, di mana ia tidak terlalu rendah (20 Hz), tetapi jejak drum dan bass masih sangat menyenangkan untuk didengar. Anda boleh dengar prestasi audionya daripada video dibawah ini.
@wisermy Speaker dari Creative (Pebble X Plus)
Lepas anda baca dan tengok sendiri ulasan Pebble X Plus ini, pastinya anda ada penilaian tersendiri. Tetapi hanya dengan kurang RM600, anda akan dapat sistem pembesar suara yang sangat handy, serbaguna (versatile) dan elegan untuk PC atau TV.
Anda juga boleh modifikasi nada bunyi dan cahaya mengikut keinginan melalui aplikasi Creative.
Aplikasi Creative menawarkan fungsi-fungsi berikut:
- Kemampuan menerapkan penetapan Sound Modes, Equaliser dan Acoustic Engine
- Konfigurasi efek pencahayaan pada pembesar suara
- Konfigurasi Equalizer Microphone
- Menambah baik perisian tegar (firmware)
Konklusinya, Pebble X Plus adalah satu set pembesar suara Bluetooth yang baik. Penambahan subwoofer memberikan kedalaman suara, tanpa perlu menaikkan volume terlalu tinggi.
Akhir kata, anda boleh mempertimbangkan untuk pembesar suara ini sekiranya mahukan saiz tidak terlalu besar serta dalam julat harga mampu milik.
{suggest}