Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Devialet Phantom Ultimate

Phantom Ultimate, Pembesar Suara Ultra Premium Paling Berkuasa Dari Devialet

Diterbitkan Oktober 2, 2025 · Dikemas kini Oktober 13, 2025 oleh ariff bukhari

Devialet, jenama audio premium dan mewah dari Perancis, melancarkan Phantom Ultimate, pembesar suara wayarles paling berkuasa dan canggih dalam sejarah syarikat itu.

Dengan kuasa 1,100 watt dan tekanan bunyi 108 dB, Phantom Ultimate menjanjikan pengalaman audio premium menerusi teknologi bunyi termaju mereka yang hadir dalam reka bentuk ikonik.

Phantom Ultimate menampilkan kemasan krom baharu dan sokongan untuk AirPlay 2, Spotify Connect, Roon Ready serta sambungan Bluetooth 5.3.

Ia juga menyokong sambungan optikal dan Ethernet, menjadikannya serasi dengan pelbagai sistem audio rumah.

Devialet menggunakan teknologi ADH® (Analog Digital Hybrid) dan Speaker Active Matching (SAM®) untuk memastikan ketepatan bunyi maksimum.

Produk ini direka untuk peminat muzik tegar yang mempunyai minat mendalam terhadap kualiti audio sebenar tanpa kompromi.

Devialet Phantom Ultimate

Devialet Phantom Ultimate  boleh didapati dalam varian 98 dB berharga RM8,090, manakala Phantom Ultimate 108 dB yang lebih berkuasa dijual pada harga RM17,990.

Sementara model paling premiumnya, edisi Devialet Phantom Ultimate | Opéra de Paris dengan plat sisi bersalut emas hasil kerja tangan Ateliers Gohard, tersedia pada harga RM9,990 (98 dB) dan RM20,990 (108 dB).

Beli barisan produk Devialet dari stor rasmi :

  • Shopee – https://invl.me/clmzu32
  • Lazada – https://invl.me/clmzu36

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Spotify Akhirnya Tawar Audio Lossless Untuk Pelanggan Premium
  • Nothing Lancar CMF Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY