Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CXMT DDR5

Prestasi RAM DDR5 China Dilaporkan Kurang Konsisten

Diterbitkan Julai 17, 2026 ยท Dikemas kini Julai 17, 2026 oleh ariff bukhari

Ujian awal terhadap modul DDR5 RAM keluaran CXMT (ChangXin Memory Technologies) dari China menunjukkan prestasi yang kurang konsisten berbanding cip SK Hynix.

Masalah utama yang ditemukan oleha Uniko Hardware ialah rintangan terhadap voltage scaling, kesukaran melaras masa (timing), serta keupayaan manual overclocking yang lebih rendah.

Hal ini menyebabkan hasil ujian berbeza-beza antara kelompok pengeluaran, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kebolehpercayaan produk buatan China ini.

CXMT mula menghasilkan DDR5 pada akhir 2025 tanpa menggunakan teknologi EUV canggih.

Menjelang 2026, syarikat ini dikatakan mampu menyamai kapasiti Micron, menjadikan China berpotensi sebagai pengeluar memori kedua terbesar dunia.

Walaupun terdapat kelemahan prestasi, modul CXMT tetap digunakan oleh jenama besar seperti Dell, HP, Corsair, Lexar dan Kingbank, sekali gus menunjukkan penerimaan pasaran domestik yang kukuh terhadap RAM keluaran China..

Namun, pasaran Barat masih skeptikal terhadap kualiti dan kebolehpercayaan RAM ini.

CXMT dilihat lebih fokus kepada pengguna biasa berbanding pelanggan AI, dengan strategi harga sebagai kelebihan utama.

Walaupun begitu, ketidakpastian mengenai kestabilan dan konsistensi boleh menjejaskan reputasi jangka panjang.

Dengan rancangan IPO yang bakal berlangsung, CXMT berpotensi muncul sebagai pesaing arus perdana.

Namun, kejayaannya bergantung kepada kemampuan mereka meningkatkan prestasi dan menepati piawaian global.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Samsung Dilapor Naikkan Harga DRAM Lagi Lebih 20% Pada Q3 2026
  • CXMT Dijangka Menyamai Kapasiti Pengeluaran DRAM Micron Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY