Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLATFORM x_twitter

Harga Langganan X Premium+ (Web) Naik Mendadak, Kini Mencecah Hampir RM100/bulan

Diterbitkan Disember 24, 2024 oleh ariff bukhari

X (dahulunya Twitter) kini mengumumkan kenaikan harga langganan bagi X Premium+ (Web) yang akan bermula dari 21 Disember 2024 ini.

Jika sebelum ini harga langganan X Premium+ adalah RM70/bulan, tetapi harga baharunya nanti adalah RM99/bulan.

X berkata,

“Jika anda pelanggan sedia ada dan kitaran pengebilan anda yang seterusnya bermula sebelum 20 Januari 2025, anda akan dicaj pada kadar semasa anda; jika tidak, kadar baharu akan bermula dengan kitaran pengebilan pertama anda selepas tarikh tersebut.”

Harga Premium+ X

Pelanggan Premium+ akan menikmati sokongan keutamaan yang lebih tinggi daripada @Premium, akses kepada ciri baharu seperti Radar.

X menegaskan bahawa peningkatan harga membolehkan mereka melabur lebih banyak untuk menjadikan Premium+ lebih baik dan lebih baik dari semasa ke semasa.

X menyatakan bahawa, yuran langganan Premium+ anda menyumbang kepada sistem baharu yang lebih saksama di mana ia akan diagihkan kepada pencipta berdasarkan nilai keseluruhan yang mereka bawa kepada X, bukan bergantung kepada iklan.

Berkaitan

  • Ini Perbezaan Langganan Basic, Premium Dan Premium+ Untuk Platform X
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Honda Dan Nissan Sahkan Rancangan Penggabungan, Akui Saingan Sengit Dari China

Sumber: X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY