Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (40)

Ini Perbezaan Langganan Basic, Premium Dan Premium+ Untuk Platform X

Diterbitkan Oktober 30, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas berita X mengecaj pengguna di New Zealand dan Filipina sebanyak USD1 setahun, X kini memperkenalkan peringkat baharu iaitu Basic, Premium Dan Premium+ untuk langganan di media sosial mereka.

Premium dan Premium+

Dengan bayaran RM35 sebulan untuk peringkat Premium dan RM70 sebulan untuk peringkat Premium+,  X menawarkan “rangsangan balasan terbesar” serta membuang iklan daripada suapan ‘For You‘ dan ‘Following‘. Peringkat ini juga hadir dengan perkongsian hasil dan akses kepada alatan pencipta lain.

Basic

Dengan harga langganan sebanyak RM13.13 sebulan, peringkat ini hadir dengan ciri asas iaitu menyunting siaran dan menyiarkan teks dan video yang lebih panjang serta “rangsangan balasan kecil’. Tambahan lagi, peringkat ini tidak dilengkapi dengan label ‘verified’.

Screenshot 2023-10-30 161115
Screenshot 2023-10-30 161216
Screenshot 2023-10-30 161151

Kehadiran langganan peringkat baharu ini adalah sebagai ganti kepada Twitter Blue yang dahulunya berharga RM35 sebulan untuk pengguna web dan RM50 sebulan untuk pengguna telefon pintar. Namun, tiga peringkat baharu ini hanya tersedia untuk pengguna web sahaja.

Pembaharuan ini dilakukan bertujuan untuk menangani kerugian dalam pengiklanan sejak Elon Musk ambil alih.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober
  • Buang Segera Aplikasi Ini Kalau Ada Di Telefon Anda Sebab Ada 'Adware'
  • Resident Evil Village Kini Percuma Di Platform Mudah Alih, Tapi Belum Untuk Peranti Android

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY