Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data rakyat

Harga Data Dijual Di ‘Dark Web’ Didedah, RM114 Untuk Akaun Netflix Setahun

Diterbitkan November 15, 2022 · Dikemas kini November 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Penganalisis keselamatan iaitu Patricia Ruffio mendedahkan harga purata jualan data yang dipasarkan di dark web berdasarkan maklumat dari Februari hingga Jun 2022.

Harga didedahkan termasuklah penjualan dokumen palsu (imbasan/fizikal), akaun media sosial, akaun kriptowang, serangan DDOS, data kad kredit, perisian hasad dan banyak lagi,

Pada Disember 2021, didapati sekitar 4.5 juta kad kredit telah dijual di pasaran gelap itu.

kad kredit dicuri privacy affairs

Sumber: Privacy Affairs

Salah satunya, akaun langganan Netflix setahun yang digodam, dijual semula di dark web pada harga sekitar $25 iaitu bersamaan ~RM115.

Harga jualan akses terhadap akaun yang digodam

  • Netflix (setahun) – $25 (~RM114)
  • HBO – $4 (~RM18)
  • Hulu – $5 (~RM23)
  • Kaspersky – $5 (~RM23)
  • Canva Pro (setahun) – $3 (~RM14)

disney plus dark web

Sumber: Privacy Affairs

Harga jualan akaun media sosial yang digodam

  • Facebook – $45 (~RM205)
  • Instagram – $40 (~RM182)
  • Twitter – $25 (~RM114)
  • Gmail – $65 (~RM296)

Harga pengikut dan engagement

  • 1,000 pengikut Instagram – $4 (~RM18)
  • 1,000 pengikut Spotify – $1 (~RM4.60)
  • 1,000 pengikut Twitch- $4 (~RM18)
  • 1,000 like Instagram – $5 (~RM23)
  • 1,000 retweet Twitter – $20 (~RM91)
  • 1,000 pengikut halaman syarikat LinkedIn – $10 (~RM46)

Harga dokumen palsu (fizikal)

  • Pasport Malta – $3,800 (~RM17,270)
  • Kad pengenalan Latvia – $160 (~RM727)
  • Pasport Belanda – $3,800 (~RM17,270)
  • Pasport Poland – $3,800 (~RM17,270)
  • Pasport Perancis – $ 3,800 (~RM17,270)

pasport dark web

Namun, sebenarnya sesetengah harga purata akaun-akaun yang digodam ini telah menurun berbanding tahun lalu.

Misalnya, akaun Netflix langganan setahun dijual dengan harga $44 pada 2021 namun turun ke $25 tahun 2022.

Penjual-penjual ini sanggup menjual akses terhadap akaun-akaun tersebut pada harga lebih rendah asalkan pelanggan sanggup mengambil risiko kantoi.

dark web 2022 harga

Malang sekali, pasaran penjualan data ini semakin membesar lantas menyebabkan harganya semakin murah.

Pembeli-pembeli di sana juga sering melakukan pembelian secara pukal.

Justeru, lebih banyak akaun dan maklumat peribadi pengguna berisiko terjejas pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Penggodam Mendakwa Menjual Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia
  • KDN Akan Siasat Individu Tular Isu Penjualan 22.5 juta Data Peribadi Rakyat Malaysia
  • Penggodam Dakwa Sistem e-Penyata Gaji Diceroboh, Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam
  • Lapsus$ Dipercayai Dalang Sebalik Ketirisan GTA 6 Dan Godaman Uber
  • CEO Telegram Dakwa Penggodam Boleh Dapat Akses Penuh Pada Telefon Pengguna WhatsApp
  • 'Extension' Chrome Ini Curi Data, Guna Komputer Mangsa Untuk Lombong Kriptowang Dan DDoS
  • Pangkalan Data MySPR Dengan Lebih 800,000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian
  • Senarai Daftar Pemilih Boleh Dibeli Daripada SPR - Hamzah
  • Apple Disaman, Didakwa Kumpul Data Penggunanya Apabila Setiap Kali Jari Sentuh Skrin iPhone

Sumber: Privacy Affairs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY