Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gray hat

Penggodam Dakwa Sistem e-Penyata Gaji Diceroboh, Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

Diterbitkan September 16, 2022 ยท Dikemas kini September 16, 2022 oleh Amalina Athman

Sekumpulan penggodam yang menggelar sebagai organisasi keselamatan siber ‘Gray Hat’, kini dilaporkan telah menghantar surat ugutan kepada kerajaan Malaysia, yang mendakwa mempunyai akses kepada sejumlah maklumat peribadi penjawat awam.

Berkaitan

  • Aplikasi Antipenggodam Bakal Diperkenalkan Kerajaaan Untuk Pengguna
  • Gmail Digodam, Penyelidik Google Sahkan Penggodam Boleh Baca Semua E-Mel Masuk

Dalam kenyataan itu, sekumpulan penggodam mendakwa mereka mempunyai akses data peribadi lebih sejuta penjawat awam, termasuk nama penuh, kad pengenalan, jawatan, jabatan, nombor slip gaji, nombor telefon dan alamat e-mel yang diperoleh melalui sistem e-Penyata Gaji.

Penggodam Dakwa Sistem e-Penyata Gaji Diceroboh, Ugut Mahu Jual Data Peribadi Penjawat Awam

Penggodam itu turut memaklumkan jika pihak kerajaan tidak memberikan sebarang maklum balas kepada mereka sehingga 12 September, data tersebut akan dijual mulai 19 September melalui forum pangkalan data.

Dalam pada itu, dinyatakan antara yang menerima e-mel ugutan daripada Gray Hat termasuk Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan; Rahimi Ismail serta pejabat Ketua Audit Negara.

Menurut Sin Chew Daily, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman telah mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada Jabatan Audit Negara berhubung perkara itu dan siasatan akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah.

Sebagai tambahan, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Ts. Dr Haji Amiruddin Abdul Wahab memberitahu Sin Chew Daily hanya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) atau Majlis Keselamatan Negara yang boleh mengambil tindakan terhadap perkara itu, berikutan ianya berada dalam bidang kuasa mereka.

Buat masa ini, belum ada maklum balas daripada Agensi Keselamatan Siber Negara.

Sumber: Sin Chew

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY