Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6 – Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Lapsus$ Dipercayai Dalang Sebalik Ketirisan GTA 6 Dan Godaman Uber

Diterbitkan September 21, 2022 · Dikemas kini September 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dunia permainan video digemparkan dengan kebocoran video permainan dinanti-nanti, GTA 6 beberapa hari lalu.

Pembangunnya, Rockstar kemudian mengesahkan apa yang tular sememangnya daripada permainan tersebut. Mereka juga menyatakan kekesalan atas tindakan penggodam meniriskan maklumat itu sebelum pelancaran rasmi.

Lapsus$ Dipercayai Dalang Sebalik Ketirisan GTA 6 Dan Godaman Uber

Dalam komuniti penggodam, dikatakan dalang di sebalik ketirisan itu telah pun dikenal past. Pelaku merupakan remaja berusia 16 tahun, menggunakan nama “teapotuberhacker” dan ketua kumpulan penggodam terkenal, Lapsus$.

Pemilik forum BreachForums iaitu “pompompurin” mendedahkan bahawa “teapotuberhacker” telah mengakui sendiri padanya dalam perbualan di Telegram dan menunjukkan bukti. Akan tetapi, perbualan tersebut telah dipadam.

Lapsus$ Dipercayai Dalang Sebalik Ketirisan GTA 6 Dan Godaman Uber

Dikatakan juga ketua kumpulan Lapsus$ itu bersedia untuk berunding dengan Rockstar. Laporan juga mengatakan bahawa kod GTA 5 sedang dijual di dark web.

Selain ketirisan GTA 6, Uber juga kini menjadi mangsa terbaru pelaku tersebut.

Menurut Uber, mereka sedang bekerjasama dengan FBI dan DOJ tentang hal tersebut. Laporan menyebut bahawa penggodam tersebut kini sedang disiasat FBI.

{suggest}

Apakah tindakan daripada pihak berkuasa dan syarikat-syarikat tersebut? Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

Mac lalu, 7 remaja British berusia dari 16 ke 21 tahun telah ditahan, disyaki terlibat dalam serangan siber terhadap Microsoft dan NVIDIA.

Sumber: Eurogamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY