Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
keyboard typing iphone

Apple Disaman, Didakwa Kumpul Data Penggunanya Apabila Setiap Kali Jari Sentuh Skrin iPhone

Diterbitkan November 14, 2022 · Dikemas kini November 14, 2022 oleh ariff bukhari

2 Orang pembangun aplikasi dan penyelidik keselamatan bernama  Tommy Mysk dan Talal Haj Bakry dari syarikat perisian Mysk baru-baru ini mendedahkan penemuan mengejutkan apbila Apple didakwa mengumpul data pengguna iPhone apabila setiap kali penggunanya menyentuh skrin iPhone mereka.

Data dari sentuhan itu dihantar kepada salah sebuah syarikat aplikasi milik Apple.

Dakwa pembangun itu, percubaan untuk mematikan pengumpulan data ini seperti mematikan ciri perkongsian analitik peranti tetap tidak menyekat data daripada dihantar.

Malah dakwa mereka, data yang dikumpul itu juga agak terperinci dan berlaku pada masa sebenar.

🧵
1/5
The recent changes that Apple has made to App Store ads should raise many #privacy concerns. It seems that the #AppStore app on iOS 14.6 sends every tap you make in the app to Apple.👇This data is sent in one request: (data usage & personalized ads are off)#CyberSecurity pic.twitter.com/1pYqdagi4e

— Mysk 🇨🇦🇩🇪 (@mysk_co) November 3, 2022

Walaupun isu ini ditemui dalam sistem operasi iOS 14.6 dahulu, tetapi penyelidik menyatakan mereka masih tidak jelas sama ada Apple masih mengumpul data analitik dalam iOS 16.

Satu tuntutan saman mahkamah ke atas Apple telah difailkan pada hari Khamis lalu yang mendakwa bahawa Apple melanggar Akta Pencerobohan Privasi California.

Berkaitan

  • Bekas Eksekutif Facebook Bakal Mula Berkhidmat Untuk Apple
  • Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
  • Apple Lancar Kemas Kini Baharu AirTag, Mudah Kesan AirTag Yang Tak Diketahui

Tuntutan itu tidak memberi banyak tumpuan kepada fakta bahawa Apple sedang mengumpul data ini.

Sebaliknya saman itu memfokuskan pada tetapan Apple seperti  “Allow Apps to Request to Track” dan “Share Analytic” yang memberikan pengguna persepsi bahawa mereka boleh melumpuhkan penjejakan sedemikian.

Sumber: Mashable

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY