Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp durov tele

CEO Telegram Dakwa Penggodam Boleh Dapat Akses Penuh Pada Telefon Pengguna WhatsApp

Diterbitkan Oktober 6, 2022 oleh Amalina Athman

Pengasas dan CEO Telegram Pavel Durov kini mendakwa penggodam boleh mempunyai akses penuh kepada semua data yang terdapat pada telefon pengguna WhatsApp.

Beliau menjelaskan, perkara ini berlaku berikutan isu keselamatan yang didedahkan WhatsApp pada minggu lepas. Apa yang perlu dilakukan oleh penggodam untuk mengawal telefon adalah dengan menghantar video berniat jahat atau memulakan panggilan video di WhatsApp.

Durov menyatakan dengan mengemas kini WhatsApp kepada versi terkini juga tidak menjamin keselamatan pengguna aplikasi itu. Bukan perkara baharu, isu keselamatan WhatsApp yang sama seperti itu telah pun ditemui pada 2018, kemudian diikuti pada 2019 dan 2020. Manakala sebelum 2016, WhatsApp ketika itu masih belum mempunyai penyulitan (encryption).

Berkaitan

  • Pengasas Telegram Dedah Punca Apple Lambat Lepaskan Kemas Kini Aplikasi Itu
  • WhatsApp Dedahkan Kerentanan Kritikal Dalam Aplikasi Versi Lama

Setiap tahun, WhatsApp juga dilaporkan mempunyai beberapa isu yang meletakkan peranti pengguna dalam risiko. Durov memaklumkan antara sebab beliau memadam WhatsApp daripada peranti beberapa tahun lalu adalah kerana percaya semua data daripada peranti boleh diakses, seperti yang dimaklumkan oleh Jeff Bezos pada tahun 2020.

Dalam pada itu, Durov menegaskan beliau tidak mendesak pengguna WhatsApp untuk beralih ke Telegram. Dengan lebih 700 juta pengguna aktif dan 2 juta pendaftaran harian, Telegram tidak memerlukan promosi tambahan.

Bagaimanapun, apa yang ingin disampaikan olehnya adalah pengguna boleh menggunakan mana-mana aplikasi pemesejan tetapi elakkan daripada WhatsApp yang kini didakwa telah menjadi alat pengawasan selama 13 tahun.

Sumber: Durov Channel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY