Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pangkalan Data MySPR Dengan Lebih 800,000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

Pangkalan Data MySPR Dengan Lebih 800,000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

Diterbitkan November 11, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Lowyat.net, pangkalan data yang didakwa diperoleh daripada sistem Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu MySPR telah dijual secara dalam talian. Dikatakan mengandungi lebih 800,000 pengguna, pangkalan data itu juga termasuk gambar swafoto dan butiran MyKad.

Maklumat itu didakwa adalah sebahagian daripada data Electronic Know Your Customer (e-KYC) sistem MySPR yang dikumpul sejak tahun 2019.

Berkaitan

  • Penggodam Mendakwa Menjual Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia
  • KDN Akan Siasat Individu Tular Isu Penjualan 22.5 juta Data Peribadi Rakyat Malaysia

Lowyat melaporkan, seorang pengguna di Twitter @acaiijiwe telah menyertakan tangkap layar dengan dakwaan pangkalan data yang dijual itu mengandungi butiran lain seperti nama penuh, nombor ID, alamat e-mel, tarikh lahir, kata laluan dan alamat penuh. Selain itu, ia juga mengandungi lebih daripada 1.6 juta imej e-KYC dengan jumlah saiz fail 67GB.

Camnelah hackers ni boleh dapat semua data Pengundi dari database SPR ni.

Maklumat lengkap siap nama, IC, nombor telefon, email dan alamat. Tak cukup dengan tu, ada gambar IC dan selfie sekali!

Murah plak tu harganya 😭. Kasihan kita semua.

Harap ini semua palsu. pic.twitter.com/y9A107q1FT

— Faisal Rahim (@acaiijawa) November 9, 2022

Lebih mengejutkan, penjual data yang menamakan dirinya sebagai actifedot dikatakan hanya meminta sekitar USD2,000 (~RM9,255) dalam mata wang kripto Bitcoin atau Monero. Penjual itu juga mendakwa bahawa mereka memiliki data 22 juta pengundi, walaupun penyenaraian itu tertumpu semata-mata pada data sistem e-KYC.

Sebagai tambahan, Lowyat berkata walaupun ciapan @acaiijiwe hanya menjadi tular pada Rabu, tinjauan laman web itu mendapati penyenaraian di pasaran pangkalan data tersebut berlaku pada bulan April.

Pangkalan Data MySPR Dengan Lebih 800,000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

Walaupun ia telah disenaraikan tujuh bulan lalu, thread di pasaran pangkalan data itu secara amnya masih aktif dengan komen terakhir ditinggalkan pada 9 November 2022. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada SPR telah sedia maklum mengenai penjualan data tersebut atau sebaliknya.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY